Connect with us

Terkini

Menteri, KP Kesihatan diminta jelaskan kekeliruan kaitan rokok dan kanser

Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan diminta untuk memperbetulkan kekeliruan rakyat berhubung kaitan antara rokok dan kanser yang timbul susulan ada menteri kabinet yang menuntut kaitan itu dibuktikan.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (kiri) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan (kanan).
  • Medical Mythbusters Malaysia berkata masyarakat semakin keliru dengan fakta itu kerana tiada tindakan dari kedua-dua individu terbabit untuk memperbetulkan fakta Sains bahawa rokok sememangnya mempunyai kaitan dengan kanser terutama kanser paru-paru dan kanser berkaitan mulut, tekak, sinus dan esofagus.
  • “Ada menteri kata dan suruh ex Menteri Kesihatan buktikan rokok ada kaitan dengan kanser (emoji tepuk dahi) seterusnya menyelar ex menteri sebagai worst Menteri Kesihatan apabila dikatakan beliau tidak menjawab soalan kaitan kanser itu tadi.
  • “Usah politik-kan isu atau perkara berkaitan kesihatan. Tidak suka dengan mana-mana ahli politik mahupun bekas ahli politik sekali pun, bersuaralah untuk memberi informasi yang betul kepada masyarakat,” kata gagasan dianggotai ahli perubatan bertauliah itu menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

KUALA LUMPUR — Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan diminta untuk memperbetulkan kekeliruan rakyat berhubung kaitan antara rokok dan kanser yang timbul susulan ada menteri kabinet yang menuntut kaitan itu dibuktikan.

Medical Mythbusters Malaysia berkata masyarakat semakin keliru dengan fakta itu kerana tiada tindakan dari kedua-dua individu terbabit untuk memperbetulkan fakta Sains bahawa rokok sememangnya mempunyai kaitan dengan kanser, terutama kanser paru-paru dan kanser berkaitan mulut, tekak, sinus dan esofagus.

“Ada menteri kata dan suruh ex Menteri Kesihatan buktikan rokok ada kaitan dengan kanser (emoji tepuk dahi) seterusnya menyelar ex menteri sebagai worst Menteri Kesihatan apabila dikatakan beliau tidak menjawab soalan kaitan kanser itu tadi.

“Rakyat semakin keliru dengan kenyataan seperti ini dan tiada counter response daripada pihak bertanggungjawab iaitu Kementerian Kesihatan itu sendiri.

“Usah politik-kan isu atau perkara berkaitan kesihatan. Tidak suka dengan mana-mana ahli politik mahupun bekas ahli politik sekali pun, bersuaralah untuk memberi informasi yang betul kepada masyarakat,” kata gagasan dianggotai ahli perubatan bertauliah itu menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada 16 November lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan menyifatkan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan yang paling gagal.

King Sing berkata Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ, gagal membuktikan secara konsisten bahawa kanser itu berpunca daripada tabiat merokok.

Advertisement

Menjawab kritikan itu,  Khairy berkata beliau tidak kisah disifatkan gagal sebagai menteri tetapi beliau tidak dapat menerima apabila ada menteri yang meragui kaitan antara rokok dan kanser berada dalam kabinet.

Khairy turut berkongsikan satu laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) yang menyatakan tabiat merokok boleh menyebabkan kanser hampir di mana-mana bahagian anggota badan.

Sebelum ini, Khairy mendakwa dua menteri kabinet dan seseorang yang dirujuknya sebagai “the gaffer” menghalang RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) daripada dilaksanakan.

Media tempatan melaporkan Khairy menerusi hantaran di Instagram mendakwa dua menteri itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Azalina Othman Said dan King Sing.

Mengulas lanjut, Medical Mythbusters Malaysia meluahkan kebimbangan dengan perkembangan terkini negara berhubung RUU GEG yang didakwa akan dikeluarkan daripada RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Katanya, RUU itu sudah dua kali dimasukkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dan pelaksanaannya disokong oleh jawatankuasa itu bagaimanapun ia tidak diendahkan.

Advertisement

“Sampai bila kesihatan rakyat diperjudikan dan kemenangan mutlak diberikan kepada pihak industri rokok yang juga pemain utama dalam industri vape?

“Wahai pemimpin, ingatlah…. Kamu akan dipersoalkan suatu hari nanti dan kami anggota kesihatan akan menjadi saksi kepada tindakan tidak meletakkan sesuatu yang benar dan hak ditempatnya dalam isu rokok dan vape.

“Rakyat diketepikan. Industri rokok dan vape diutamakan,” kata Medical Mythbusters Malaysia.

Ahad lalu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memberi jaminan bacaan kali kedua RUU berkenaan akan dibentangkan sebelum berakhirnya sidang Parlimen pada 30 November ini. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Medical Mythbusters Malaysia

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending