Connect with us

Terkini

Tun M selar negara Barat membisu soal keganasan Israel

Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan negara Barat dan Amerika Syarikat (AS) yang membisu apabila Israel melakukan jenayah perang dan memberi sokongan dengan membekalkan senjata kepada rejim itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tun M selar negara Barat membisu soal keganasan Israel
Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan negara Barat dan Amerika Syarikat (AS) yang membisu apabila Israel melakukan jenayah perang dan memberi sokongan dengan membekalkan senjata kepada rejim itu.
  • Bekas perdana menteri itu berkata, lebih 70 tahun Israel dengan kejam dan bongkak mendera orang Palestin tanpa henti.
  • Katanya, hampir setiap hari, tentera Israel membunuh orang Palestin dengan alasan mereka yang dibunuh ialah pengganas.
  • “Siapa yang menentukan orang Palestin yang dibunuh ialah pengganas? Jika mereka itu disyaki pengganas, mengapa tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah?
  • “Jika kita renung kembali, Israel yang sebenarnya sebuah negara pengganas yang berdekad lamanya melakukan keganasan ke atas orang Palestin tanpa rasa bersalah atau sebarang kekesalan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

PETALING JAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan negara Barat dan Amerika Syarikat (AS) yang membisu apabila Israel melakukan jenayah perang dan memberi sokongan dengan membekalkan senjata kepada rejim itu.

Bekas perdana menteri itu berkata, lebih 70 tahun Israel dengan kejam dan bongkak mendera orang Palestin tanpa henti.

Katanya, hampir setiap hari, tentera Israel membunuh orang Palestin dengan alasan mereka yang dibunuh ialah pengganas.

“Siapa yang menentukan orang Palestin yang dibunuh ialah pengganas? Jika mereka itu disyaki pengganas, mengapa tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah?

“Jika kita renung kembali, Israel yang sebenarnya sebuah negara pengganas yang berdekad lamanya melakukan keganasan ke atas orang Palestin tanpa rasa bersalah atau sebarang kekesalan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr. Mahathir berkata, tindakan Hamas ialah langkah orang yang sudah tenggelam punca, hilang harapan bagi mendapatkan keadilan dari negara besar yang mendabik dada sebagai pejuang keadilan dan kemanusiaan.

“Tidakkah sesuatu yang dijangka Hamas dan juga mana-mana orang Palestin yang dijajah oleh Israel, didera, dibunuh dan dihina seperti binatang, bertindak sebagaimana yang kita saksikan hari ini?

“Pada waktu ini juga, kita menjadi saksi kepada tindakan Israel yang berusaha mengatasi keganasan yang mereka tuduh dilakukan oleh Hamas,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, Israel membunuh kanak-kanak dan bayi Palestin kerana mendakwa mereka akan membesar menjadi pengganas.

“Dengan alasan itu mereka terus melakukan pembunuhan ke atas bayi dan kanak-kanak Palestin,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *