Connect with us

Terkini

Sultan Nazrin titah tingkatkan kefahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, jangan mudah mengkafir sesama Islam

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah langkah meningkatkan kefahaman mengenai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) adalah usaha penting untuk memastikan keharmonian ummah terjamin, selain melengkapkan ummah dengan fahaman yang jelas agar lebih bersedia menghadapi ancaman kemunculan ajaran sesat dan aliran pemikiran janggal.

Wartawan TMT

Published

on

Sultan Nazrin titah tingkatkan kefahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, jangan mudah mengkafir sesama Islam
Foto: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
  • Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah langkah meningkatkan kefahaman mengenai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) adalah usaha penting untuk memastikan keharmonian ummah terjamin, selain melengkapkan ummah dengan fahaman yang jelas agar lebih bersedia menghadapi ancaman kemunculan ajaran sesat dan aliran pemikiran janggal.
  • Baginda bertitah, ancaman ke atas pegangan ASWJ, hari ini dilakukan secara terang oleh musuh-musuh Islam di samping secara terselindung melalui gerakan-gerakan batiniah (kebatinan) tertentu serta tindak-tanduk individu yang mempamerkan diri mereka sebagai ulama, ustaz, tuan guru, dan seumpamanya.
  • “Namun pada hakikatnya, mereka membawa ajaran yang menyeleweng dan tafsiran yang menyimpang daripada landasan Islam sebenar. Oleh itu ummah wajib berganding bahu memastikan pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah dilindungi, dipelihara, difahami dan dihayati,” titah baginda ketika perasmian Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah langkah meningkatkan kefahaman mengenai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) adalah usaha penting untuk memastikan keharmonian ummah terjamin, selain melengkapkan ummah dengan fahaman yang jelas agar lebih bersedia menghadapi ancaman kemunculan ajaran sesat dan aliran pemikiran janggal.

Baginda bertitah, ancaman ke atas pegangan ASWJ, hari ini dilakukan secara terang oleh musuh-musuh Islam di samping secara terselindung melalui gerakan-gerakan batiniah (kebatinan) tertentu serta tindak-tanduk individu yang mempamerkan diri mereka sebagai ulama, ustaz, tuan guru, dan seumpamanya.

“Namun pada hakikatnya, mereka membawa ajaran yang menyeleweng dan tafsiran yang menyimpang daripada landasan Islam sebenar. Oleh itu ummah wajib berganding bahu memastikan pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah dilindungi, dipelihara, difahami dan dihayati,” titah baginda ketika perasmian Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.

Turut berkenan berangkat ke majlis yang membincangkan topik “Memperkasa Ahli Sunah Wal Jamaah sebagai Firqah Najiah” itu adalah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Idris Shah; Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah; dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Shah.

Yang turut hadir Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah mewakili Menteri Besar; dan Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Majlis sama turut menyaksikan Sultan Nazrin berkenan melancarkan dua buku karya tulisan Wan Zahidi, yang berjudul ‘Jaringan Islam Liberal dan Agenda Pemurtadan Ummah’ dan buku ‘Mengenal Kesesatan Syiah’.

Titah Sultan Nazrin lagi, pegangan ASWJ yang menjadi pegangan utama umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia menerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MFK) Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996, tidak dengan mudah mengkafirkan sesama Muslim.

“Di Malaysia, MFK membuat ketetapan bahawa umat Islam negara ini dikehendaki mengikut ajaran Islam berpaksikan ASWJ daripada segi akidah, syariah, dan akhlak; mentafsirkan hukum-hakam Islam berdasarkan sumber perundangan utama iaitu al-Quran, hadis, ijmak, dan qiyas; dan tidak dengan mudah mengkufurkan sesama Muslim.

“Akidah ASWJ disifatkan sebagai ajaran yang betul, lurus, selamat, jelas dan tiada kekeliruan di dalamnya. Pegangan ini merupakan warisan jati diri umat Islam di negara ini sejak agama Islam mula bertapak di Tanah Melayu,” titah baginda.

Titah baginda lagi, sepanjang sejarah manhaj ASWJ pendekatannya yang bersifat pertengahan dan seimbang, serta tidak bersifat keterlaluan atau ekstrem dengan menerima pendekatan nas dan akal dengan meletakkan nas mengatasi akal.

“ASWJ berpegang bahawa manusia dituntut berusaha dan berikhtiar, tetapi memahami bahawa Allah SWT yang menentukan hasil kejayaan dan pencapaian. Dalam amalan ASWJ akal diberikan ruang untuk berfikir dan membuat tafsiran malah takwilan yang tidak jauh dengan tuntutan nas, dan bukannya membuat tafsiran secara literal yang menampakkan Islam sebagai agama yang kaku dan tidak realistik,” titah baginda.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending