Antarabangsa
LGBTQ: Wanita Jepun tolak ideologi jantina
Sekumpulan wanita di Jepun menganjurkan protes membantah ideologi jantina di negara itu dengan menyatakan lelaki berbeza dari wanita dan amaran supaya pendokong ideologi ini tidak mendekati anak-anak mereka.
- Sekumpulan wanita di Jepun menganjurkan protes membantah ideologi jantina di negara itu dengan menyatakan lelaki berbeza dari wanita dan amaran supaya pendokong ideologi ini tidak mendekati anak-anak mereka.
- Hantaran itu dimuatnaik sebuah akaun media sosial platform X, dengan nama Genevieve Gluck pada 24 September lalu, hasil perkongsian akaun warga Jepun yang berkongsi gambar acara dianjurkan pada hari itu.
- Akaun Genevieve Gluck dipetik menyebut; “Wanita di Jepun menetang ideologi identiti jantina, dengan papan tanda bertulis, “Lelaki bukan wanita” dan ”Jangan dekati anak-anak kami!”
KUALA LUMPUR – Sekumpulan wanita di Jepun menganjurkan protes membantah ideologi jantina di negara itu dengan menyatakan lelaki berbeza dari wanita dan amaran supaya pendokong ideologi ini tidak mendekati anak-anak mereka.
Hantaran itu dimuatnaik sebuah akaun media sosial platform X, dengan nama Genevieve Gluck pada 24 September lalu, hasil perkongsian akaun warga Jepun yang berkongsi gambar acara dianjurkan pada hari itu.
Akaun Genevieve Gluck dipetik menyebut; “Wanita di Jepun menentang ideologi jantina dengan papan tanda bertulis, “Lelaki bukan wanita” dan ”Jangan dekati anak-anak kami!”
Women in Japan protest against gender identity ideology, with signs reading, "Men are not women," and "Leave our kids alone!"
Japanese lawmakers have faced mounting pressure in recent months to adopt sex self-ID policies from Western nations, largely the US and Australia. https://t.co/fJOeEQwaKH
— Genevieve Gluck (@WomenReadWomen) September 23, 2023
Menurut hantaran di platform X itu, penggubal undang-undang Jepun menerima tekanan sejak kebelakangan ini untuk menerima pakai dasar menukar identifikasi seks (alat kelamin asal) yang diketahui umum sebagai norma barat.
Konsep ‘ideologi jantina’ yang membolehkan seseorang menuntut memiliki jantina berbeza dari jantina asalnya dikatakan amalan biasa warga Amerika Syarikat dan Australia.
Terdahulu, satu tinjauan mendapati 70 peratus warga Jepun menyokong perkahwinan sejenis tetapi Mahkamah Jepun tetap memutuskan perkahwinan sejenis sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan.
Sumber: Genevieve Gluck on X / Twitter