Terkini
Kerajaan akan pinda hukuman penjara salah guna dadah, kepada program rawatan
Kerajaan bersetuju untuk ‘mengalihkan’ hukuman pesalah penyalahgunaan dadah daripada hukuman penjara kepada program rawatan dan pemulihan bagi memastikan perundangan negara ini terus kekal relevan.

- Kerajaan bersetuju untuk ‘mengalihkan’ hukuman pesalah penyalahgunaan dadah daripada hukuman penjara kepada program rawatan dan pemulihan bagi memastikan perundangan negara ini terus kekal relevan.
- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya bercadang untuk meminda akta berkaitan dengan penyalahgunaan dadah pada sesi sidang Dewan Rakyat kali ini.
- “(Tetapi) kalau pindaan ini mendapat sokongan Yang Berhormat dalam sidang kali ini, insya-Allah kita pinda bagi membolehkan pesalah jenis ini setelah disahkan oleh pegawai perubatan, kita akan terus bawa mereka ke pusat pemulihan,” katanya pada sesi penerangan mengenai isu reformasi penjara dan pusat tahanan di Dewan Rakyat hari ini (semalam).
Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju untuk ‘mengalihkan’ hukuman pesalah penyalahgunaan dadah daripada hukuman penjara kepada program rawatan dan pemulihan bagi memastikan perundangan negara ini terus kekal relevan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya bercadang untuk meminda akta berkaitan dengan penyalahgunaan dadah pada sesi sidang Dewan Rakyat kali ini.
“Kalau mengikut laluan biasa polis tangkap, buka kertas siasatan, ada bukti bawa ke mahkamah, hakim jatuh hukuman (dan) masuk penjara.
“(Tetapi) kalau pindaan ini mendapat sokongan Yang Berhormat dalam sidang kali ini, insya-Allah kita pinda bagi membolehkan pesalah jenis ini setelah disahkan oleh pegawai perubatan, kita akan terus bawa mereka ke pusat pemulihan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penerangan mengenai isu reformasi penjara dan pusat tahanan di Dewan Rakyat hari ini (semalam).
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pihaknya juga sedang meneliti secara serius terhadap pelaksanaan tahanan rumah dan penangguhan hukuman dengan intervensi.
Beliau turut memberi contoh mengapa pelaksanaan tahanan rumah itu penting untuk dilaksanakan.
“Bayangkan satu senario atau satu keadaan. Seorang wanita ketika ditangkap atau dia dijatuhi hukuman atas apapun kesalahan adalah merupakan seorang wanita yang sedang hamil.
“Kerana hukumannya itu, dia mesti ditempatkan di penjara. Kalau kita boleh adakan tahanan rumah, fizikal ibu hamil ini patut berada di luar, menjaga kandungannya. Tetapi kita pakaikan EMD (peranti pemantauan elektronik).
“Pilihan lain kalau kita tidak teroka inisiatif tahanan rumah, ibu hamil itu akan menjadi penghuni Sungai Buloh, Kajang, Seremban atau Pulau Pinang dan sebagainya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas
-
Terkini2 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor