Connect with us

Terkini

‘Jangan beli ikut selera kita’, Salur bantuan ke Gaza berasaskan keperluan – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan pasukan sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia, yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa kekejaman rejim Israel di Gaza, supaya menyalurkan bantuan berasaskan keperluan.

Wartawan TMT

Published

on

‘Jangan beli ikut selera kita’, Salur bantuan ke Gaza berasaskan keperluan - PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan pasukan sukarelawan dan NGO dari Malaysia, yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa kekejaman rejim Israel di Gaza, supaya menyalurkan bantuan berasaskan keperluan.
  • “Jangan beli ikut selera kita, ini masalah badan yang menganjurkan, niatnya baik, tetapi kadang-kadang yang dibeli itu orang tidak perlukan atau dia tentukan, tidak boleh, kita kena dengar sendiri apa yang orang Gaza mahukan.
  • “Jika ubat pun ia ada beberapa jenis, mesti ada label yang betul…Jadi, ada beberapa kaedah yang harus dipatuhi. Kemudian makanan begitu juga, mereka tiada upaya memasak, jadi (perlukan) makanan siap, dalam tin, ada yang beri maklumat jika mi segera, mereka tak makan.
  • “Jadi dalam hal ini, jangan beli sehingga kita tahu (apa yang rakyat Gaza perlukan),” katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Mesir semalam.

KAHERAH: Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan pasukan sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia, yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa kekejaman rejim Israel di Gaza, supaya menyalurkan bantuan berasaskan keperluan.

Perdana Menteri berkata, walaupun beliau mengakui niat NGO dan pasukan sukarelawan berkenaan baik, namun perbincangan dengan pihak berkaitan perlu dibuat sebelum menyalurkan bantuan, bagi memastikan bantuan itu benar-benar bermanfaat kepada mangsa.

“Jangan beli ikut selera kita, ini masalah badan yang menganjurkan, niatnya baik, tetapi kadang-kadang yang dibeli itu orang tidak perlukan atau dia tentukan, tidak boleh, kita kena dengar sendiri apa yang orang Gaza mahukan.

“Jika ubat pun ia ada beberapa jenis, mesti ada label yang betul…Jadi, ada beberapa kaedah yang harus dipatuhi. Kemudian makanan begitu juga, mereka tiada upaya memasak, jadi (perlukan) makanan siap, dalam tin, ada yang beri maklumat jika mi segera, mereka tak makan.

“Jadi dalam hal ini, jangan beli sehingga kita tahu (apa yang rakyat Gaza perlukan),” katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Mesir semalam.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas pertemuannya dengan Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Mesir, Dr Ramy el-Nazer, yang turut dihadiri Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail dan Exco Mercy Malaysia, Azura Ibrahim.

Sementara itu, Anwar mengingatkan badan yang tidak berdaftar, tidak telus dan tidak memiliki akaun teratur, supaya tidak mengutip derma bagi tujuan kebajikan kerana ia akan merugikan masyarakat Gaza yang memerlukan.

Advertisement

Mengulas bantuan pakaian kepada masyarakat Gaza, Anwar berkata, kerajaan Malaysia akan menghantar keperluan berkenaan menggunakan pesawat ke Mesir, sebelum menyerahkannya kepada PBSM untuk dihantar ke Gaza.

“Saya sebut dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi tadi, kita minta keizinan Kerajaan Mesir dan beliau sudah memberi pengakuan untuk menyegerakan kelulusan (penghantaran bantuan) dan memindahkan kepada PBSM atau badan lain yang kita iktiraf,” katanya.

Mengenai lawatannya ke Riyadh, Turkiye dan Mesir, Anwar berkata, banyak pengiktirafan diberikan kepada Malaysia ketika lawatannya, termasuk pihak media yang mengadakan temu ramah eksklusif dengan beliau. — BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Author

Advertisement

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending