Terkini
Shahidan syor pinda sistem pilihan raya, ikut Singapura
Wakil rakyat pembangkang mencadangkan Malaysia meminda sistem pilihan raya dengan mengambil kira pelaksanaan sistem Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Singapura.

- Wakil rakyat pembangkang mencadangkan Malaysia meminda sistem pilihan raya dengan mengambil kira pelaksanaan sistem Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Singapura.
- Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, cadangan bagi pindaan berkenaan wajar dipertimbangkan, bertujuan mempertingkatkan perwakilan golongan minoriti di Dewan Rakyat.
- Katanya, sudah tiba masanya Malaysia mempertimbangkan sistem pilihan raya berbeza memandangkan kerangka sedia ada ditentukan apabila Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 1957.
- “Kalau kita buat pilihan raya dalam bentuk berkumpulan (mengikut sistem GRC), ia membolehkan golongan minoriti dapat wakil (dalam Dewan Rakyat),” katanya.
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat pembangkang mencadangkan Malaysia meminda sistem pilihan raya dengan mengambil kira pelaksanaan sistem Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Singapura.
Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, cadangan bagi pindaan berkenaan wajar dipertimbangkan, bertujuan mempertingkatkan perwakilan golongan minoriti di Dewan Rakyat.
Selain itu, katanya, sudah tiba masanya Malaysia mempertimbangkan sistem pilihan raya berbeza memandangkan kerangka sedia ada ditentukan apabila Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 1957.
“Sistem ini (GRC) adalah sistem terbaik. Sila pertimbangkan. Kita tak pernah buat pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.
“Kalau kita buat pilihan raya dalam bentuk berkumpulan (mengikut sistem GRC), ia membolehkan golongan minoriti dapat wakil (dalam Dewan Rakyat).
“Contohnya masyarakat India, 6.6 peratus (daripada populasi), mereka layak dapat 16 kerusi, tetapi cuba tengok berapa kerusi orang India (di Dewan Rakyat) sekarang, tak cukup,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.
Sistem GRC dibentuk untuk memastikan komuniti minoriti di Singapura sentiasa mendapat perwakilan di Parlimen, pada 1988.
Bilangan ditetapkan sebagai milik masyarakat Melayu tidak boleh melebihi tiga perlima jumlah keseluruhan GRC.
Sementara itu, Shahidan berkata, menerusi sistem GRC, sekumpulan calon akan bertanding sebagai satu pasukan merangkumi pelbagai kaum pada pilihan raya.
Beliau berkata, setiap pasukan perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu calon daripada kaum minoriti di negara berkenaan, iaitu Melayu, India dan lain-lain.
Di Kemboja, katanya, golongan minoriti Islam mempunyai dua wakil dalam kerajaan, masing-masing seorang menteri kanan dan seorang menteri menerusi pelaksanaan sistem GRC.
“Kerajaan dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), lihat balik bagaimana sistem pilihan raya ini, fikirkan balik, kerana ia bermula pada 1957 dan kita tak pernah buat pembaharuan.
“Menerusi GRC, pengundi akan mengundi sekumpulan individu untuk menjadi Ahli Parlimen yang perlu terdiri daripada ahli parti politik sama atau kesemuanya calon bebas.
“Kumpulan berkenaan mungkin terdiri daripada tiga hingga enam individu, seperti ditentukan Presiden Singapura,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS