Connect with us

Terkini

Semua pihak diminta lebih bertanggungjawab, tidak keluarkan ucapan sewenang-wenangnya 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan yang boleh mencetus perbalahan, ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.

Wartawan TMT

Published

on

Semua pihak diminta lebih bertanggungjawab, tidak keluarkan ucapan sewenang-wenangnya 
Foto: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri), & Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (kanan).
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta semua pihak lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan mencetus perbalahan, ketegangan serta kegelisahan masyarakat.
  • Ia termasuk mengeluarkan kenyataan menyentuh urusan agama Islam dan kefatwaan.
  • Sebarang perkara membabitkan urusan agama khususnya di bidang akidah dan syariah diserah serta dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri dan para ilmuan diperakui kepakarannya dalam disiplin ilmu itu.
  • “Semua pihak dimohon untuk menghentikan perbalahan serta persengketaan yang boleh memusnahkan perpaduan dan keamanan negara. Semua pihak perlu bersatu hati untuk membangunkan negara agar lebih maju, makmur, berdaya saing dan aman sentosa,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan yang boleh mencetus perbalahan, ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.

Ia termasuk mengeluarkan kenyataan yang menyentuh urusan agama Islam dan kefatwaan.

Sebarang perkara membabitkan urusan agama khususnya di bidang akidah dan syariah hendaklah diserah serta dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri dan para ilmuan yang diperakui kepakarannya dalam disiplin ilmu itu.

“Semua pihak dimohon untuk menghentikan perbalahan serta persengketaan yang boleh memusnahkan perpaduan dan keamanan negara. Semua pihak perlu bersatu hati untuk membangunkan negara agar lebih maju, makmur, berdaya saing dan aman sentosa,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Mohd Na’im berkata beliau turut menjunjung tinggi titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang menggesa semua pihak terutama pemimpin politik agar mengambil tanggungjawab untuk memperkukuh perpaduan demi kesejahteraan negara.

Beliau juga berkata semua pemimpin perlu akur serta menghayati titah Sultan Sharafuddin dengan sepenuh hati supaya tidak memperalat agama bagi meraih sokongan dan pada akhirnya, rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang politik.

Pada 12 September lepas, Sultan Sharafuddin menitahkan rakyat khususnya pemimpin politik agar segera menghentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.

Advertisement

Titah Sultan Selangor, ini kerana baginda tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah disebabkan oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab namun ini tidak bermaksud Sultan Sharafuddin menyebelahi mana-mana pihak atau parti.

Mohd Na’im juga berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menggerakkan seluruh agensi untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan umat Islam melalui pelbagai usaha serta inisiatif termasuk memperkasa peranan institusi masjid dan surau sebagai pusat penyatuan ummah.

Katanya dalam konteks kemajmukan masyarakat, jabatan itu telah melaksanakan program dialog antara tamadun dan budaya untuk memupuk kebersamaan serta sikap saling menghormati.

Sumber: Berita Harian

Author

Advertisement

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending