Terkini
Pengilang campur beras tempatan, import punca bekalan susut di pasaran
Tindakan pengilang mencampurkan beras tempatan dengan beras import didakwa antara punca bekalan beras Super Special Tempatan (SST) semakin susut di pasaran sejak akhir-akhir ini.

- Tindakan pengilang mencampurkan beras tempatan dengan beras import didakwa antara punca bekalan beras Super Special Tempatan (SST) semakin susut di pasaran sejak akhir-akhir ini.
- Pesawah, Rahim Jamil Harun, 56, berkata apabila pengilang mendapat padi hasil tanaman kaedah padi calit, mereka akan mencampurkannya bersama beras import hingga menyebabkan berlaku pengurangan bekalan beras SST.
- “Bila pengilang dia dapat padi yang ditanam dengan transplanter dia boleh campur. Padi kecik-kecik itu dicampur dengan beras yang besar tadi tu. Walaupun yang serak dia kecilkan tapi dicampur dengan tanam transplanter punya dia dapat satu saiz yang standard import punya.
- “Jadi dia campur, dia dapatlah harga yang mahal. Itu sebab SST dah tiada,” katanya kepada The Merdeka Times di Sekinchan, baru-baru ini.
- Pesawah dan pengusaha jentera, Mohd Asri Badrun, 63, juga tidak menafikan tindakan pengilang itu adalah satu perkara biasa yang berlaku dalam dunia bisnes dari faktor ia boleh mendatangkan keuntungan.
- “Kita tak nafikan, perkara-perkara seperti ini boleh berlaku dan ianya orang kata sukar nak dikesanlah, sebab benda-benda ni nampaknya standard semua,” katanya.
KUALA LUMPUR — Tindakan pengilang mencampurkan beras tempatan dengan beras import didakwa antara punca bekalan beras Super Special Tempatan (SST) semakin susut di pasaran sejak akhir-akhir ini.
Pesawah, Rahim Jamil Harun, 56, berkata apabila pengilang mendapat padi hasil tanaman kaedah padi calit, mereka akan mencampurkannya bersama beras import hingga menyebabkan berlaku pengurangan bekalan beras SST.
Katanya, pengilang akan mendapat keuntungan menerusi tindakan itu dengan menjual beras terbabit pada harga lebih mahal.
“Bila pengilang dia dapat padi yang ditanam dengan transplanter dia boleh campur. Padi kecik-kecik itu dicampur dengan beras yang besar tadi tu. Walaupun yang serak dia kecilkan tapi dicampur dengan tanam transplanter punya dia dapat satu saiz yang standard import punya.
“Jadi dia campur, dia dapatlah harga yang mahal. Itu sebab SST dah tiada,” katanya kepada The Merdeka Times di Sekinchan, baru-baru ini.
Rahim berkata beras SST sebelum ini dikeluarkan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), bagaimanapun sekarang syarikat itu tidak mempunyai bekalan padi kerana tidak mampu bersaing membelinya dengan harga ditawarkan pengilang lain.
Pesawah dan pengusaha jentera, Mohd Asri Badrun, 63, juga tidak menafikan tindakan pengilang itu adalah satu perkara biasa yang berlaku dalam dunia bisnes dari faktor ia boleh mendatangkan keuntungan.
“Dia ada variasi-variasi padi tempatan sebenarnya memang dia sama standardnya dengan padi import, kemungkinan besar ada berlaku dari segi orang kata penyimpangan sosial lah dari segi bisnes.
“Maknanya mereka terpaksa tampung harga kos padi tempatan ni dibeli dengan kos yang tinggi jadinya mungkin jugalah ada pengilang-pengilang menjadikan campuran untuk beras import untuk tampung kos.
“Kita tak nafikan, perkara-perkara seperti ini boleh berlaku dan ianya orang kata sukar nak dikesanlah, sebab benda-benda ni nampaknya standard semua,” katanya.
Mohd Asri berkata dari segi beras sama ada tempatan mahupun import adalah sama, maka apabila dipaketkan atau dicampurkan pengguna tidak dapat membezakan di antara kedua-duanya.
Tinjauan The Merdeka Times di Sekinchan mendapati punca lain beras SST didakwa susut di pasaran adalah disebabkan pesawah tidak dapat membekalkan padi mencukupi kepada pengilang kerana berdepan kemerosotan tuaian, selain pengeluaran padi di kawasan itu dijadikan padi benih dan keadaan tanah tidak subur, faktor cuaca serta penggunaan teknologi ketinggalan berbanding negara pengeluar padi lain.
Terdahulu, tinjauan turut dibuat di kedai runcit dan pasar raya di ibu negara di mana majoriti daripada mereka mengalami kekurangan dan kehabisan stok bekalan beras SST sejak tiga hingga enam bulan lalu. — The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login