Terkini
73 peratus kematian di Malaysia berpunca NCD, gaya hidup tidak sihat
Sebanyak 73 peratus kematian di negara ini yang disebabkan penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease (NCD)) adalah akibat budaya hidup tidak sihat, kata Timbalan Menteri Kewangan Lukanisman Awang Sauni.

- Sebanyak 73 peratus kematian di negara ini yang disebabkan penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease (NCD)) adalah akibat budaya hidup tidak sihat, kata Timbalan Menteri Kewangan Lukanisman Awang Sauni.
- Merasmikan sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini, beliau berkata hampir separuh rakyat Malaysia tidak mengetahui mereka menghidap NCD.
- “Hampir 50 peratus tidak mengetahui mereka menghidapi NCD dan ini membawa kepada peningkatan risiko mendapat komplikasi jika tidak mendapatkan rawatan awal,” katanya.
- Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, seorang daripada dua dewasa di negara mempunyai berat badan berlebihan dan obes, dan golongan tertinggi mengalami masalah tersebut adalah wanita iaitu 54.7 peratus serta individu berusia 55 hingga 59 tahun iaitu 60.9 peratus.
- Menurut tinjauan itu juga, seorang daripada empat dewasa di negara ini juga tidak aktif fizikal, dan golongan yang paling tidak aktif ialah wanita iaitu 28 peratus, pelajar 39 peratus dan warga emas 59 peratus.
PUTRAJAYA: Sebanyak 73 peratus kematian di negara ini yang disebabkan penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease (NCD)) adalah akibat budaya hidup tidak sihat, kata Timbalan Menteri Kewangan Lukanisman Awang Sauni.
Merasmikan sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini, beliau berkata hampir separuh rakyat Malaysia tidak mengetahui mereka menghidap NCD.
“Hampir 50 peratus tidak mengetahui mereka menghidapi NCD dan ini membawa kepada peningkatan risiko mendapat komplikasi jika tidak mendapatkan rawatan awal,” katanya.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, seorang daripada dua dewasa di negara mempunyai berat badan berlebihan dan obes, dan golongan tertinggi mengalami masalah tersebut adalah wanita iaitu 54.7 peratus serta individu berusia 55 hingga 59 tahun iaitu 60.9 peratus.
Menurut tinjauan itu juga, seorang daripada empat dewasa di negara ini juga tidak aktif fizikal, dan golongan yang paling tidak aktif ialah wanita iaitu 28 peratus, pelajar 39 peratus dan warga emas 59 peratus.
Tinjauan itu juga mendapati tahap literasi kesihatan yang rendah dalam pembudayaan hidup sihat rakyat seperti tidak aktif secara fizikal ialah 25.1 peratus, tidak cukup makan sayur dan buah mengikut saranan (94.9 peratus) serta amalan merokok (23.1 peratus), katanya.
Lukanisman berkata pelaksanaan BMSS yang diperkenalkan menerusi Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) diharapkan dapat meningkatkan kesedaran rakyat agar dapat bertindak untuk mengubah tingkah laku kepada amalan yang sihat.
BMSS yang disambut pada bulan September setiap tahun selari dengan hala tuju Kementerian Kesihatan (KKM) untuk beralih fokus sedang melakukan transformasi sistem kesihatan negara daripada sick care atau penjagaan pesakit kepada health care (penjagaan kesihatan) dan kesejahteraan dengan menggunakan pendekatan pencegahan dalam promosi pembudayaan hidup sihat selari dengan hasrat Kertas Putih Kesihatan, katanya.
“Peningkatan penyakit akibat pembudayaan hidup tidak sihat oleh rakyat Malaysia memberi tekanan kepada sistem kesihatan dan perbelanjaan negara,” katanya.
Terdahulu, Lukanisman secara simbolik merasmikan pelepasan Kembara Sekolah bersama-sama Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying sebagai manifestasi kolaborasi rakan strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Suraiya Syed Mohamed ketika ditemui berkata pelbagai program akan dilaksanakan untuk meningkatkan literasi kesihatan bermula dari peringkat sekolah.
“Sebanyak 136 sekolah akan terlibat dalam Kembara Sekolah yang akan menjalankan aktiviti yang menjurus kepada penjagaan kesihatan. Pada tahun ini kita juruskan kepada murid-murid sekolah kerana mereka mudah dibentuk,” katanya.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular