Connect with us

Terkini

Umat Islam perlu jadi model peranan dalam segala aspek kehidupan – Menteri Agama

Umat Islam perlu menjadi model peranan bagi semua manusia dalam segala aspek kehidupan bermula daripada keperibadian mulia, integriti, rohani dan duniawi.

Wartawan TMT

Published

on

Umat Islam perlu jadi model peranan dalam segala aspek kehidupan – Menteri Agama
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Umat Islam perlu menjadi model peranan bagi semua manusia dalam segala aspek kehidupan bermula daripada keperibadian mulia, integriti, rohani dan duniawi.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ini kerana umat Islam sejati memiliki keperibadian yang seimbang dan tidak terlalu ekstrem.
  • “Dia adalah pendukung amalan belas kasihan, amat bertimbang rasa, sentiasa menghulurkan bantuan dan sering menguatkan antara satu sama lain serta menggalakkan kerjasama dalam kalangan orang ramai,” katanya dalam sembah ucapan aluan pada Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam semalam.
  • Beliau berkata al-Quran telah membentangkan pelbagai formula Rabbani untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan dalam konteks bernegara.

KUALA LUMPUR — Umat Islam perlu menjadi model peranan bagi semua manusia dalam segala aspek kehidupan bermula daripada keperibadian mulia, integriti, rohani dan duniawi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ini kerana umat Islam sejati memiliki keperibadian yang seimbang dan tidak terlalu ekstrem.

“Dia adalah pendukung amalan belas kasihan, amat bertimbang rasa, sentiasa menghulurkan bantuan dan sering menguatkan antara satu sama lain serta menggalakkan kerjasama dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan aluan pada Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam semalam.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Mohd Na’im juga berkata memupuk perpaduan dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama bukan mudah namun ia adalah tanggungjawab yang mesti dilaksana dengan penuh beramanah.

Beliau berkata al-Quran telah membentangkan pelbagai formula Rabbani untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan dalam konteks bernegara.

“Konsep Malaysia MADANI digarap dan dijadikan sebagai pelantar untuk masyarakat terus mengorak langkah memperkukuh rasa kebersamaan dan saling berukhuwah.

“Pelan Transformasi al-Falah turut dibangunkan sebagai inisiatif untuk bersama-sama mendukung dan merealisasikan gagasan Malaysia MADANI,” katanya.

Justeru, Mohd Na’im berkata program penghayatan al-Quran seperti Majlis Tilawah dan Hafazan di peringkat antarabangsa yang sudah memasuki edisi ke-63 akan sentiasa diangkat menjadi acara rasmi di peringkat negara.

MTHQA bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia MADANI’ anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berlangsung selama enam hari bermula 19 Ogos lepas membabitkan dua kategori iaitu pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran 30 juzuk. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending