Terkini
RUU digubal kembalikan perbelanjaan pengiklanan kepada organisasi media
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhasrat menggubal Rang Undang-Undang (RUU) supaya hasil perbelanjaan pengiklanan sedikit sebanyak dikembalikan demi kelangsungan organisasi media di negara ini, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhasrat menggubal Rang Undang-Undang (RUU) supaya hasil perbelanjaan pengiklanan sedikit sebanyak dikembalikan demi kelangsungan organisasi media di negara ini, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
- Berucap pada Perhimpunan Bulanan KKD di sini semalam, beliau berkata penggubalan RUU itu perlu dilakukan kerana tidak mahu melihat lebih ramai pengamal media kehilangan kerja atau terpaksa menghadapi keadaan Skim Pemisahan Sukarela (VSS).
- Katanya, hasrat kerajaan itu juga bagi menghantar isyarat kepada syarikat gergasi seperti Google, Meta dan TikTok supaya diadakan pertemuan membincangkan perkara berkaitan kerana keadaan itu sedikit sebanyak disebabkan oleh perbelanjaan pengiklanan dibawa keluar negara oleh syarikat gergasi.
- “Kita lihat kesan kepada organisasi media ini sangat besar. Ramai yang terpaksa melepaskan pekerja dan ini bagi saya kerajaan tidak boleh pandang ringan.
- “Maka saya berhasrat untuk memanggil dan mengusahakan penggubalan satu RUU khusus untuk mengembalikan perbelanjaan pengiklanan kepada organisasi media di Malaysia,” katanya.
PUTRAJAYA — Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhasrat menggubal Rang Undang-Undang (RUU) supaya hasil perbelanjaan pengiklanan sedikit sebanyak dikembalikan demi kelangsungan organisasi media di negara ini, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
Berucap pada Perhimpunan Bulanan KKD di sini semalam, beliau berkata penggubalan RUU itu perlu dilakukan kerana tidak mahu melihat lebih ramai pengamal media kehilangan kerja atau terpaksa menghadapi keadaan Skim Pemisahan Sukarela (VSS).
Katanya, hasrat kerajaan itu juga bagi menghantar isyarat kepada syarikat gergasi seperti Google, Meta dan TikTok supaya diadakan pertemuan membincangkan perkara berkaitan kerana keadaan itu sedikit sebanyak disebabkan oleh perbelanjaan pengiklanan dibawa keluar negara oleh syarikat gergasi.
“Kita lihat kesan kepada organisasi media ini sangat besar. Ramai yang terpaksa melepaskan pekerja dan ini bagi saya kerajaan tidak boleh pandang ringan.
“Maka saya berhasrat untuk memanggil dan mengusahakan penggubalan satu RUU khusus untuk mengembalikan perbelanjaan pengiklanan kepada organisasi media di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Fahmi berkata Tabung Kasih @ HAWANA perlu dirancakkan kerana isu kebajikan khususnya pengamal media menjadi keutamaan KKD dan progam ziarah terhadap pengamal media dilakukan lebih kerap.
Katanya selain membantu kebajikan pegamal media, program ziarah itu juga membantu KKD memahami realiti isu telekomunikasi termasuk Internet serta masalah lain yang dihadapi rakyat.
Tabung Kasih @HAWANA merupakan inisiatif KKD dan dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi membantu wartawan veteran dan bekas pengamal media yang uzur serta berdepan kesukaran hidup.
Fahmi dalam pada itu juga mahu supaya RUU Majlis Media Malaysia disegerakan dan dimuktamadkan tidak lewat dari Mac tahun hadapan supaya ia dapat dibawa ke Parlimen untuk diluluskan. — BERNAMA
Sumber: Bernama