Connect with us

Terkini

PRK: Gelombang biru merah digerakkan untuk sekat gelombang hijau 

Pemuda UMNO akan menggerakkan gelombang biru merah bagi menyekat gelombang hijau yang kononnya akan menerobos negeri ini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PRK: Gelombang biru merah digerakkan untuk sekat gelombang hijau 
Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Pemuda UMNO akan menggerakkan gelombang biru merah bagi menyekat gelombang hijau yang kononnya akan menerobos negeri ini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata gelombang biru merah adalah gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan.
  • “Kita perlu pertahankan kerajaan ini. Ketika negara mencapai kemerdekaan dahulu tidak boleh hanya ada Melayu sahaja sebaliknya perlukan perpaduan Cina, India serta masyarakat Sabah dan Sarawak dalam membentuk Malaysia,” katanya ketika berucap pada program santai bersama Pemuda UMNO di Medan Selera Taman Cempaka, hari ini.
  • Muhamad Akmal berkata gelombang biru merah yang mewakili Kerajaan Perpaduan adalah wajah sebenar Malaysia yang menyatukan pelbagai penduduk pelbagai bangsa, kaum dan agama sekaligus menolak politik ekstremis, kebencian dan pecah belah.

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO akan menggerakkan gelombang biru merah bagi menyekat gelombang hijau yang kononnya akan menerobos negeri ini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata gelombang biru merah itu adalah gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan.

Katanya, gelombang biru merah yang mewakili Kerajaan Perpaduan adalah wajah sebenar Malaysia yang menyatukan pelbagai penduduk pelbagai bangsa, kaum dan agama sekali gus menolak politik ekstremis, kebencian dan pecah belah.

“Saya percaya orang Johor matang dalam membuat keputusan (dalam PRK). Disebabkan itu, saya beritahu gelombang biru merah yang selari dengan warna parti PH-BN akan bermula di negeri ini, dan turut mempunyai bendera warna sama.

“Kita perlu pertahankan kerajaan ini. Ketika negara mencapai kemerdekaan dahulu tidak boleh hanya ada Melayu sahaja sebaliknya perlukan perpaduan Cina, India serta masyarakat Sabah dan Sarawak dalam membentuk Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program santai bersama Pemuda UMNO di Medan Selera Taman Cempaka, hari ini.

Hadir sama, Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Md Shah, Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros dan calon PH bagi PRK Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.

Dalam pada itu, Muhamad Akmal berkata Pemuda UMNO akan memberi komitmen sepenuhnya bagi menyokong calon PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan.

“Soal kerjasama jentera PH-BN tidak timbul masalah, tidak dinafikan ketika awal dahulu ada cabarannya tetapi selepas momentum PRN (Pilihan Raya Negeri) di enam negeri baru-baru ini, bahangnya masih terasa dan kali ini, keserasian itu dapat terus dibaiki pada PRK kali ini.

“Kami sokong penuh calon PH yang mewakili kerajaan Perpaduan, malah saya juga sudah berjumpa dan beri arahan pada Pemuda Malaysia dan Johor untuk pastikan beri komitmen 100 peratus untuk sokong calon PH di Pulai dan Simpang Jeram” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *