Connect with us

Terkini

Nahas pesawat Beechcraft, insiden ke-5 dalam tempoh 46 tahun

Insiden pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada Khamis adalah pesawat kelima melibatkan jenis itu dalam tempoh 46 tahun.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Nahas pesawat Beechcraft, insiden ke-5 dalam tempoh 46 tahun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Insiden pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada Khamis adalah pesawat kelima melibatkan jenis itu dalam tempoh 46 tahun.
  • Kronologi insiden direkodkan bermula pada 29 Julai 1977, apabila sebuah pesawat Beechcraft 19 dengan dua orang dalam pesawat hilang ketika di ruang udara Johor selepas berlepas dari Pangkalan Udara Seletar, Singapura. 
  • Insiden kedua pula membabitkan pesawat ringan Beechcraft BE-36 dengan nombor pendaftaran ‘VHTXY’ dilaporkan hilang antara Seremban dan Tampin, Negeri Sembilan pada 17 Februari 1999.
  • Dua hari kemudian (19 Februari 1999), sisa pesawat ditemukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat menggunakan helikopter TUDM Nuri, yang dipandu oleh Mejar Syed Islam Shah Ajam kira-kira 12.55 tengah hari di condong Bukit Penda, Negeri Sembilan.
  • Insiden yang ketiga pula berlaku pada 21 Disember 2016, pesawat Beechcraft King Air 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan TUDM Butterworth, Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR – Insiden pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada Khamis adalah pesawat kelima melibatkan jenis itu dalam tempoh 46 tahun.

Kronologi insiden direkodkan bermula pada 29 Julai 1977, apabila sebuah pesawat Beechcraft 19 dengan dua orang dalam pesawat hilang ketika di ruang udara Johor selepas berlepas dari Pangkalan Udara Seletar, Singapura. 

Insiden kedua pula membabitkan pesawat ringan Beechcraft BE-36 dengan nombor pendaftaran ‘VHTXY’ dilaporkan hilang antara Seremban dan Tampin, Negeri Sembilan pada 17 Februari 1999.

Dua hari kemudian (19 Februari 1999), sisa pesawat ditemukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat menggunakan helikopter TUDM Nuri, yang dipandu oleh Mejar Syed Islam Shah Ajam kira-kira 12.55 tengah hari di condong Bukit Penda, Negeri Sembilan.

Insiden yang ketiga pula berlaku pada 21 Disember 2016, pesawat Beechcraft King Air 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan TUDM Butterworth, Pulau Pinang.

Tragedi pilu itu mengorbankan seorang juruterbang manakala tiga yang lain cedera parah.

Pada 22 November 2020, sebuah pesawat Beechcraft Bonanza F35 mendarat cemas di laluan kecemasan di KM47.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di Sedenak, dekat Kulai, Johor, selepas mengalami kerosakan enjin.

Insiden terbaharu, 17 Ogos 2023 membabitkan Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor mengorbankan 10 nyawa.

Lapan mangsa terdiri daripada dua anak kapal dan enam penumpang pesawat manakala dua lagi adalah orang awam.

ADUN Pelangai, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun merupakan antara salah seorang penumpang yang terkorban.

Sumber: Berita RTM

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *