Connect with us

Antarabangsa

Enggan benarkan pesawat tentera AS mendarat, Trump ancam sekatan ke atas Colombia

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Colombia, Gustavo Petro
  • Colombia berdepan ancaman sekatan kerana enggan terima dua pesawat tentera AS.
  • Trump mahu jadikan Colombia contoh kerana engkar AS.
  • Paksa negara lain tunduk kepadanya.

WASHINGTON/BOGOTA: Presiden AS Donald Trump mengugut mengenakan tindakan balas dendam ke atas Colombia, termasuk tarif dan sekatan, selepas negara Amerika Selatan itu enggan membenarkan dua pesawat tentera AS dengan pendatang dihantar pulang sebagai sebahagian daripada tindakan keras imigresen negara itu.

Tindak balas pantas Trump itu dilihat bertujuan menjadikan Colombia contoh untuk menghalang negara lain daripada menentangnya dalam penerbangan pengusiran.

Ia juga menunjukkan kesediaan Amerika Syarikat menggunakan kekuatannya memaksa negara lain tunduk kepadanya.

Menurut Trump keengganan Presiden Gustavo Petro untuk menerima penerbangan itu menjejaskan keselamatan negara AS dan dia telah mengarahkan pentadbirannya untuk mengambil tindakan balas.

Tindakan itu termasuk mengenakan tarif kecemasan 25 peratus ke atas semua barangan dibawa masuk ke Amerika Syarikat.

Ia bermakna kadar itu akan meningkat ke 50 peratus dalam tempoh satu minggu lagi; larangan perjalanan dan pembatalan visa ke atas pegawai kerajaan Colombia dan sekutunya; mengenakan sepenuhnya sekatan perbendaharaan kecemasan, perbankan dan kewangan.

Beliau  juga akan mempertingkatkan pemeriksaan sempadan ke atas warga Colombia dan kargo.

“Langkah-langkah ini hanyalah permulaan,” tulis Trump di Truth Social.

“Kami tidak akan membenarkan Kerajaan Colombia melanggar undang-undang kami berhubung penerimaan dan pemulangan penjenayah yang mereka paksa masuk ke Amerika Syarikat!,” tambahnya.

Keengganan Colombia untuk menerima penerbangan itu adalah kes kedua negara Amerika Latin menolak penerbangan pengusiran tentera AS.

Petro mengecam tindakan Trump itu yang melayan pendatang seperti penjenayah.- The Merdeka Times

Author