Connect with us

Terkini

Kemahiran teknologi perlu seiring integriti, untuk kekang jenayah

Pegawai dan anggota polis perlu bersedia dan beradaptasi untuk menghadapi cabaran perubahan teknologi yang membuatkan penjenayah kini semakin licik melakukan kegiatan mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kemahiran teknologi perlu seiring integriti, untuk kekang jenayah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pegawai dan anggota polis perlu bersedia dan beradaptasi untuk menghadapi cabaran perubahan teknologi yang membuatkan penjenayah kini semakin licik melakukan kegiatan mereka.
  • Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas kini menjadi cabaran utama dalam usaha mengekang kegiatan jenayah.
  • Katanya, penjenayah semakin pintar dengan memanfaatkan teknologi untuk melakukan semua peringkat kegiatan jenayah mereka.
  • Beliau berkata demikian kepada media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, hari ini.
  • “Individu yang berintegriti adalah insan jujur dan amanah dalam pekerjaannya, jadi kita harus memiliki kedua-duanya, kemahiran teknologi dan integriti untuk menjamin kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab,” katanya.

KUCHING : Pegawai dan anggota polis perlu bersedia dan beradaptasi untuk menghadapi cabaran perubahan teknologi yang membuatkan penjenayah kini semakin licik melakukan kegiatan mereka.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas kini menjadi cabaran utama dalam usaha mengekang kegiatan jenayah.

Ini kerana katanya, penjenayah semakin pintar dengan memanfaatkan teknologi untuk melakukan semua peringkat kegiatan jenayah mereka.

“Ia bermula dari perancangan untuk melakukan jenayah apabila mereka menggunakan media sosial untuk merancang strategi kerana jika mereka berbincang secara fizikal, ia akan memudahkan polis memintas atau mengesan.

“Selepas melakukan jenayah itu, mereka memanfaatkan lagi media sosial untuk mempromosi barangan mereka dicuri seterusnya memanfaatkan pula kemudahan kurier untuk mengedar barangan curi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, hari ini.

Justeru Ahsmon berkata, pegawai dan anggota polis khususnya di IPD Kuching supaya memanfaatkan teknologi bagi mengimbangi kelicikan penjenayah ketika ini.

“Jadi, saya mencabar polis Kuching khususnya, supaya mengubah pendekatan kerja, bukan lagi sekadar bergantung kepada kaedah tradisional seperti berdasarkan kuantiti iaitu berapa anggota yang harus dikerah untuk satu-satu tugasan, sebaliknya kita harus memanfaatkan semua elemen teknologi untuk memintas maklumat seterusnya mencari dan memburu suspek.

“Malah kita juga harus bersedia untuk sentiasa mengadaptasi teknologi yang sentiasa berubah dengan pantas,” katanya.

Pada masa yang sama katanya, kemahiran dalam teknologi perlu seiring dengan integriti dalam diri setiap pegawai dan anggota.

“Tiada gunanya kita mahir dalam teknologi jika tiada integriti dalam menjalankan tugas. 

“Individu yang berintegriti adalah insan jujur dan amanah dalam pekerjaannya, jadi kita harus memiliki kedua-duanya, kemahiran teknologi dan integriti untuk menjamin kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *