Connect with us

Terkini

Dominic Lau nafi dakwaan diminta tinggalkan ceramah PAS

Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau menafikan beliau diminta untuk meninggalkan Ceramah Mega PN Best di Sungai Dua, Selasa lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dominic Lau nafi dakwaan diminta tinggalkan ceramah PAS
Foto: Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau.
  • Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau menafikan beliau diminta untuk meninggalkan Ceramah Mega PN Best di Sungai Dua, Selasa lalu.
  • Sebaliknya, beliau menjelaskan kehadirannya ke ceramah itu adalah untuk bertemu dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
  • Bagaimanapun, katanya, beliau terpaksa beredar memandangkan ceramah itu bermula lewat.
  • “(Tan Sri) Abdul Hadi (Awang) meminta berjumpa jam 9 malam di majlis itu. Namun, beliau hanya berada di sana sekitar jam 10.30 malam.
  • “Jadi, saya tidak dapat bercakap dengannya kerana saya perlu pulang ke pulau untuk mesyuarat,” katanya.

GEORGETOWN – Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau menafikan beliau diminta untuk meninggalkan Ceramah Mega PN Best di Sungai Dua, Selasa lalu.

Sebaliknya, beliau menjelaskan kehadirannya ke ceramah itu adalah untuk bertemu dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, katanya, beliau terpaksa beredar memandangkan ceramah itu bermula lewat.

“(Tan Sri) Abdul Hadi (Awang) meminta berjumpa jam 9 malam di majlis itu. Namun, beliau hanya berada di sana sekitar jam 10.30 malam.

“Jadi, saya tidak dapat bercakap dengannya kerana saya perlu pulang ke pulau untuk mesyuarat,” katanya.

Sehubungan itu, Lau berkata tidak timbul isu beliau diminta meninggalkan ceramah terbabit kerana perkara itu tidak berlaku.

Terdahulu, Lau yang juga calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, dikatakan diminta meninggalkan Ceramah Mega PN Best di Sungai Dua kerana tidak diundang menyertai program disertai Presiden PAS itu.

Timbalan Presiden GERAKAN, Oh Tong Keong, ketika dihubungi mengesahkan parti itu tidak diundang untuk menghadiri program Ceramah Mega PN Best berkenaan.

Sebelum ini, sekumpulan ahli akar umbi PAS membantah pencalonan Lau di Bayan Lepas kerana mahu ahli PAS disenarai untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu itu.

Lau bagaimanapun menolak dakwaan akar umbi PAS tidak menyokongnya, sambil menyatakan ada pemimpin tempatan menunjukkan sokongan ketika penamaan calon.

Sumber: Berita Harian

Author