Connect with us

Terkini

Adakah PAS mahu amal pecah dan perintah – Majlis Ulama UMNO

Majlis Ulama UMNO mempersoalkan sama ada PAS mahu mengamalkan agenda ‘pecah dan perintah’ susulan hasrat seorang pemimpin tertinggi parti itu yang dikatakan sedia bekerjasama dengan UMNO, tetapi tidak dengan pemimpin yang membuat keputusan untuk berpakat dengan DAP. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Adakah PAS mahu amal pecah dan perintah – Majlis Ulama UMNO
Foto: Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali.
  • Majlis Ulama UMNO mempersoalkan PAS mahu mengamalkan agenda ‘pecah dan perintah’ susulan hasrat seorang pemimpin tertinggi parti dikatakan sedia bekerjasama dengan UMNO, tetapi tidak dengan pemimpin yang membuat keputusan untuk berpakat dengan DAP. 
  • Setiausaha Eksekutifnya, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, perlu diperingatkan Barisan Nasional (BN) berpakat dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan parti-parti dan bukannya dengan DAP secara bersendiri.
  • “Adakah Pas mahu bermain dengan agenda pecah perintah dalam kalangan pemimpin UMNO sebagaimana PAS lakukan di akhir-akhir berkerajaan bersama di peringkat Persekutuan sebelum ini?.
  • “Syarat kerjasama politik hendaklah dengan niat ikhlas menyatukan umat dan bekerjasama atas dasar kebajikan. Jangan dengan niat terselindung memecahkan parti rakan kerjasama,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. 
  • Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, partinya tidak menolak kemungkinan menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) dan sekali lagi bekerjasama dengan UMNO. 

PETALING JAYA: Majlis Ulama UMNO mempersoalkan sama ada PAS mahu mengamalkan agenda ‘pecah dan perintah’ susulan hasrat seorang pemimpin tertinggi parti itu yang dikatakan sedia bekerjasama dengan UMNO, tetapi tidak dengan pemimpin yang membuat keputusan untuk berpakat dengan DAP. 

Setiausaha Eksekutifnya, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, perlu diperingatkan bahawa Barisan Nasional (BN) berpakat dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan parti-parti dan bukannya dengan DAP secara bersendiri.

Malah, katanya, kerjasama politik antara BN dan PH diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan bukannya keputusan individu selepas pilihan raya umum selesai. 

“Keputusan untuk kerjasama dengan mana-mana parti juga mesti keputusan oleh parti bukannya individu-individu. 

“Adakah PAS mahu bermain dengan agenda pecah perintah dalam kalangan pemimpin UMNO sebagaimana PAS lakukan di akhir-akhir berkerajaan bersama di peringkat Persekutuan sebelum ini? 

“Syarat kerjasama politik hendaklah dengan niat ikhlas menyatukan umat dan bekerjasama atas dasar kebajikan. Jangan dengan niat terselindung memecahkan parti rakan kerjasama,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. 

Sebelum ini, media melaporkan, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, partinya tidak menolak kemungkinan menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) dan sekali lagi bekerjasama dengan UMNO. 

Katanya, ia memandangkan sebahagian besar ahli akar umbi masih sayangkan gabungan MN itu. 

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, PAS sedia, tetapi dengan syarat kerjasama itu tidak melibatkan pemimpin UMNO yang berpakat dengan DAP.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *