Terkini
SPR perlu pastikan tiada jentera kerajaan digunakan untuk kempen PRN – Timbalan Presiden PAS
Parti politik menyambut baik penetapan tarikh berkaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang mana tempoh masa ditetapkan disifatkan memberi ruang yang mencukupi untuk calon berkempen.

- Parti politik menyambut baik penetapan tarikh berkaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang mana tempoh masa ditetapkan disifatkan memberi ruang yang mencukupi untuk calon berkempen.
- Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Perikatan Nasional (PN) menyambut baik penetapan tarikh untuk PRN itu, yang sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi berkaitan pilihan raya itu.
- “Masa yang panjang akan memberi ruang luas untuk kempen pilihan raya kepada semua parti politik.
- “PN akan memastikan kempen berjalan mengikut lunas perundangan, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta memastikan tiada jentera kerajaan digunakan dalam kempen PRN di enam negeri kelak,” katanya kepada BH.
KUALA LUMPUR – Parti politik menyambut baik penetapan tarikh berkaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang mana tempoh masa ditetapkan disifatkan memberi ruang yang mencukupi untuk calon berkempen.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Perikatan Nasional (PN) menyambut baik penetapan tarikh untuk PRN itu, yang sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi berkaitan pilihan raya itu.
Katanya, penetapan tarikh-tarikh penting PRN itu memberi ruang selesa kepada semua jemaah haji kerana mereka sudah selamat pulang.
“Masa yang panjang akan memberi ruang luas untuk kempen pilihan raya kepada semua parti politik.
“PN akan memastikan kempen berjalan mengikut lunas perundangan, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta memastikan tiada jentera kerajaan digunakan dalam kempen PRN di enam negeri kelak,” katanya kepada BH.
SPR hari ini menetapkan PRN di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon dan 8 Ogos ditetapkan hari pengundian awal.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang turut memaklumkan tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengumuman calon bertanding sehingga jam 11.59 malam, 11 Ogos ini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat PKR, G Manivannan, menyifatkan tempoh kempen selama 14 hari adalah jangka masa biasa yang ditetapkan SPR mengikut ketetapan sebelum ini.
Katanya, tempoh masa ini akan memberi ruang yang secukupnya untuk mana-mana calon atau parti yang bertanding untuk berkempen.
“Maka, penetapan tarikh berkenaan ini adalah sesuatu yang sudah diramal dan bukan mengejutkan.
“Pelbagai faktor seharusnya telah diambil kira oleh SPR termasuk belanja pilihan raya, kesesuaian tempat mengundi dan penempahan logistik.
“Ini satu ketetapan yang bijak dan kos efisien untuk mengadakan pilihan raya serentak di semua enam negeri,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas
-
Terkini2 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor