Connect with us

Terkini

SOP berkaitan REE dirangka, tangani perlombongan haram – Nik Nazmi

Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) dalam masa terdekat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

SOP berkaitan REE dirangka, tangani perlombongan haram - Nik Nazmi
Foto: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
  • Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) dalam masa terdekat.
  • Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dengan adanya SOP itu, ia dapat memastikan sebarang pengeksploitasian REE dibuat secara lestari seterusnya dapat menangani isu perlombongan haram di negara ini.
  • “Antara kebimbangan kita adalah kita tidak mahu REE terus di eksport dalam keadaan mentah dan tak dapat tambah nilai daripada perkara ini.
  • “Kita tahu permintaan ke atas REE sangat tinggi, dengan peralihan tenaga pada ketika ini,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, pada Jumaat.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden kecurian REE terbaharu di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik, Kedah, di mana polis telah menahan sembilan individu termasuk empat warga Myanmar pada 21 Jun lalu.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) dalam masa terdekat.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dengan adanya SOP itu, ia dapat memastikan sebarang pengeksploitasian REE dibuat secara lestari seterusnya dapat menangani isu perlombongan haram di negara ini.

“Antara kebimbangan kita adalah kita tidak mahu REE terus di eksport dalam keadaan mentah dan tak dapat tambah nilai daripada perkara ini.

“Kita tahu permintaan ke atas REE sangat tinggi, dengan peralihan tenaga pada ketika ini,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden kecurian REE terbaharu di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik, Kedah, di mana polis telah menahan sembilan individu termasuk empat warga Myanmar pada 21 Jun lalu.

Mereka yang berusia antara 22 dan 60 tahun itu ditahan kerana dipercayai mencuri 99 kilogram REE.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, Majlis Mineral Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sudah mengarahkan kementeriannya untuk menyelaras SOP itu secepat mungkin.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *