Connect with us

Terkini

Remaja terdedah pornografi, berisiko jadikan adik tempat puaskan nafsu

Remaja yang terdedah tontonan video atau melihat gambar pornografi ketika di bangku sekolah berisiko mempengaruhi rakan sebaya untuk menonton bersama atau menjadikan adik di rumah sebagai tempat memuaskan nafsu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Remaja terdedah pornografi, berisiko jadikan adik tempat puaskan nafsu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Remaja yang terdedah tontonan video atau melihat gambar pornografi ketika di bangku sekolah berisiko mempengaruhi rakan sebaya untuk menonton bersama atau menjadikan adik di rumah sebagai tempat memuaskan nafsu.
  • Pakar psikologi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Fauziah Mohd Saad, berkata kecenderungan menonton pornografi itu juga menimbulkan keinginan awal melakukan sendiri perbuatan seksual sekali gus menjerumuskan seks luar nikah.
  • “Keseronokan itu akan membangkitkan keinginan mencuba dan tanpa pendidikan seks mereka cenderung melakukan hubungan dengan rakan sekelas, adik-adik di rumah kerana dalam fikirannya mahu meniru perbuatan video,” katanya.
  • Beliau berkata demikian sebagai mengulas kajian akademik yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2021 mendapati kira-kira 75 peratus daripada remaja di negara ini dikesan pernah menonton video atau melihat gambar pornografi.

KUALA LUMPUR: Remaja yang terdedah tontonan video atau melihat gambar pornografi ketika di bangku sekolah berisiko mempengaruhi rakan sebaya untuk menonton bersama atau menjadikan adik di rumah sebagai tempat memuaskan nafsu.

Pakar psikologi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Fauziah Mohd Saad, berkata kecenderungan menonton pornografi itu juga menimbulkan keinginan awal melakukan sendiri perbuatan seksual sekali gus menjerumuskan seks luar nikah.

“Memang benar ramai remaja pernah melihat atau menonton video pornografi dan mereka gemar berkongsi sesama rakan dan berani melihatnya secara berkumpulan.

“Keseronokan itu akan membangkitkan keinginan mencuba dan tanpa pendidikan seks mereka cenderung melakukan hubungan dengan rakan sekelas, adik-adik di rumah kerana dalam fikirannya mahu meniru perbuatan video.

“Akibat keinginan itu, tanpa sedar kehidupan aktif seks bermula pada usia tidak sepatutnya, membawa peningkatan kes hamil luar nikah yang bertentangan budaya timur,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kajian akademik yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2021 mendapati kira-kira 75 peratus daripada remaja di negara ini dikesan pernah menonton video atau melihat gambar pornografi.

Kebanyakan remaja itu adalah lelaki dan terbabit sejak awal persekolahan menengah, sekali gus berisiko terjebak dengan gejala seks bebas dan dijangkiti penyakit kelamin.

Fauziah berkata, ketagihan pornografi itu mempunyai kesan psikologi buruk dengan pelakunya cenderung mengalami ketagihan menonton, beronani, melampiaskan nafsu dengan pasangan dan aktif seksual itu akan membelenggu kehidupan dewasa.

“Ketagihan itu akan menjejaskan tumpuan terhadap tugasnya sebagai pelajar atau hilang fokus kepada kerja kerana dalam fikiran hanya melakukan seks atau menonton pornografi.

“Hal ini akan membawa kepada depresi, tekanan, membentuk personaliti panas baran, pedofilia yang akan mengakibatkan trauma seksual kepada pihak lain,” katanya.

Pendidikan seks jauhi zina

Sebagai usaha membendung tabiat pornografi, beliau berkata, semua pihak perlu memainkan peranan aktif seperti menekankan pendidikan seks di rumah, memperbanyakkan sesi kaunseling, program jauhi zina serta tanggungjawab ibu bapa mengambil peduli mengenai anak-anak.

“Sebelum ini, di sekolah dan di institut pengajian tinggi ada program kesedaran seperti ‘Anak Bijak, Jauhi Zina’ yang mana ia mendekati remaja untuk memahami implikasi hamil luar nikah, pengaruh seks terhadap psikologi dan kesan buruk jangka panjangnya.

“Selain itu, guru kaunselor perlu aktif memberikan perkhidmatan kaunseling untuk memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai kesan buruk aktiviti pornografi yang boleh merosakkan diri remaja dan orang sekelilingnya.

“Pada masa sama, ibu bapa perlu bertegas mendidik anak-anak, di samping mereka seperti perlu tahu kata laluan dan memeriksa peranti pintar anak-anak supaya anak tidak bebas menerokai dunia internet tanpa sempadan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *