Connect with us

Terkini

Pupuk kefahaman agama, kerajaan terbit semula hadis 40 Imam Nawawi – PM

Kerajaan akan mengambil inisiatif untuk menerbitkan semula himpunan hadis 40 Imam Nawawi untuk diedarkan di seluruh sekolah di negara ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pupuk kefahaman agama, kerajaan terbit semula hadis 40 Imam Nawawi – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah).
  • Kerajaan akan mengambil inisiatif untuk menerbitkan semula himpunan hadis 40 Imam Nawawi untuk diedarkan di seluruh sekolah di negara ini.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan usaha untuk memupuk semangat kasih sayang selain menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar Islam.
  • Usaha itu kata Perdana Menteri akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • “Kita ambil ikhtiar untuk terbitkan semula supaya dapat dikirimkan di semua sekolah dan pastikan pelajar-pelajar diberikan gambaran ilmu dan huraian yang baik.
  • Beliau berkata demikian ketika menghadiri Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor di sini pada Mei lalu.
  • Dalam pada itu, Anwar turut berpendapat, golongan ulama mempunyai hak untuk membuat teguran terhadap kerajaan melibatkan apa jua bentuk permasalahan.

SHAH ALAM – Kerajaan akan mengambil inisiatif untuk menerbitkan semula himpunan hadis 40 Imam Nawawi untuk diedarkan di seluruh sekolah di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan usaha untuk memupuk semangat kasih sayang selain menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar Islam.

Usaha itu kata Perdana Menteri akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kita ambil ikhtiar untuk terbitkan semula supaya dapat dikirimkan di semua sekolah dan pastikan pelajar-pelajar diberikan gambaran ilmu dan huraian yang baik.

“Kalau baca hadis sahaja, anak-anak kita tidak semuanya dapat hadam dengan baik dan kita boleh edarkan seperti doa yang dicadangkan golongan ulama.

“Ini sekurang-kurangnya sebagai hasil sambutan daripada pandangan golongan-golongan ulama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor di sini pada Mei lalu.

Turut hadir mantan Mufti Agung Mesir, Prof Ali Jum’ah dan Pengasas Darul Musthafa Tarim Yaman, Al Habib Umar Hafidz.

Dalam pada itu, Anwar turut berpendapat, golongan ulama mempunyai hak untuk membuat teguran terhadap kerajaan melibatkan apa jua bentuk permasalahan.

Ujarnya, teguran itu perlu diterima dari sudut positif untuk kebaikan pemerintahan negara dan bukan bertujuan untuk menghukum mana-mana pihak.

“Tiada langsung perbezaan pendapat jadi ulama boleh tegur (kerajaan) supaya ia (masalah atau isu) dapat diperbaiki maka itu yang ditekankan.

“Ini (teguran) bukan untuk memfitnah dan menghukum dan pimpinan pula bila dengar ulama yang bercakap dan berani menegur maka terima dan jawab dengan baik,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *