Connect with us

Terkini

Perangi rasuah, JPN tambah baik prosedur

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) komited menangani rasuah dalam jabatannya dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen pengenalan diri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perangi rasuah, JPN tambah baik prosedur
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) komited tangani rasuah dalam jabatannya dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen pengenalan diri.
  • Ketua Pengarahnya, Zamri Misman, berkata pihaknya turut mengadakan pelbagai program pengukuhan intergriti bagi memastikan tiada sebarang tindakan penyelewengan atau salah guna kuasa oleh kakitangannya.
  • “Jabatan ini mengambil serius terhadap laporan akhbar berkaitan isu JPN yang disiasat berkaitan amalan rasuah dan salah guna kuasa.
  • “Adalah menjadi prinsip JPN yang sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan kakitangan di jabatan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) komited menangani rasuah dalam jabatannya dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen pengenalan diri.

Ketua Pengarahnya, Zamri Misman, berkata selain itu pihaknya turut mengadakan pelbagai program pengukuhan integriti bagi memastikan tiada sebarang tindakan penyelewengan atau salah guna kuasa oleh kakitangannya.

“Jabatan ini mengambil serius terhadap laporan akhbar berkaitan isu JPN yang disiasat berkaitan amalan rasuah dan salah guna kuasa.

“Adalah menjadi prinsip JPN yang sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan kakitangan di jabatan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata dua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang disiasat dengan dakwaan amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pegawainya.

Anwar berkata, dua agensi itu ialah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dalam pada itu, Zamri mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang tawaran perkhidmatan membabitkan orang tengah untuk berurusan dengan JPN.

“JPN ingin mengingatkan orang ramai, tiada ejen atau orang tengah yang dilantik bagi sebarang urusan di JPN.

“Jangan mempercayai sebarang tawaran perkhidmatan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengenakan sebarang bayaran.

“Maklumat mengenai prosedur permohonan dan bayaran yang dikenakan boleh dirujuk di portal rasmi JPN atau boleh hadir ke 212 pejabat JPN berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *