Terkini
Peluang pendidikan: KPM jamin tiada kaum dipinggirkan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak ada mana-mana kaum yang dipinggirkan daripada peluang pendidikan dan akan sentiasa berusaha menambah baik sistem sedia ada.

- Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak ada mana-mana kaum dipinggirkan daripada peluang pendidikan dan akan sentiasa berusaha menambah baik sistem sedia ada.
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata walaupun kerajaan berpendirian mengekalkan sistem kuota Bumiputera, peluang dalam pendidikan juga harus diberikan kepada pelajar daripada kaum lain.
- “Kita memang bersama dengan apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri tetapi dalam masa yang sama di peringkat KPM kita ada banyak penambahbaikan dan saya ingin memberi jaminan bahawa kita tidak meminggirkan mana-mana bangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan pertandingan robotik.
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah pada Sabtu menjelaskan sistem kuota Bumiputera dalam pendidikan perlu dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi.
KULIM – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak ada mana-mana kaum yang dipinggirkan daripada peluang pendidikan dan akan sentiasa berusaha menambah baik sistem sedia ada.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata walaupun kerajaan berpendirian mengekalkan sistem kuota Bumiputera, peluang dalam pendidikan juga harus diberikan kepada pelajar daripada kaum lain.
“Kita memang bersama dengan apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri tetapi dalam masa yang sama di peringkat KPM kita ada banyak penambahbaikan dan saya ingin memberi jaminan bahawa kita tidak meminggirkan mana-mana bangsa.
“Ini penting khususnya bagi Tingkatan 6 yang sedang kita lihat dan peluang lain untuk memastikan semua anak kita mendapat akses pendidikan yang sama. Jadi tiada siapa yang akan dipinggirkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan pertandingan robotik.
Sabtu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah menjelaskan sistem kuota Bumiputera dalam pendidikan perlu dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi.
Sementara itu, Fadhlina berkata program yang ditawarkan kolej vokasional di bawah KPM mencapai kejayaan yang memberangsangkan apabila kebolehpasaran graduan pada kadar lebih 90% ketika ini.
“Sukacita dimaklumkan bahawa kadar kebolehpasaran graduan kolej vokasional kami telah melepasi 90% dan semua 606 program diploma yang kami tawarkan mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia dan Lembaga Teknologis Malaysia.
“Kita perlu hebahkan kepada orang ramai supaya mereka sedar peluang yang ditawarkan di kolej vokasional,” katanya.
Sumber: Free Malaysia Today
