Terkini
KDN sahkan wanita warga China terbabit kekecohan di KLIA telah keluar dari Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan laporan media bahawa wanita warga China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Jun, belum keluar dari negara ini.
- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan laporan media bahawa wanita warga China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Jun, belum keluar dari negara ini.
- Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), wanita terbabit telah meninggalkan Malaysia pada 4 Julai lalu, dengan penerbangan pada jam 8.55 malam.
- “Sebenarnya pada 4 Julai lalu melalui penerbangan Shenzhen Airlines, ZH9030 pada jam 8.55 malam, wanita itu telah pun dicatatkan keluar daripada rekod Imigresen,” ,” katanya dalam sidang media khas di sini pada Rabu.
- Terdahulu, sebuah akhbar yang memetik sumber mendakwa tiada rekod yang menunjukkan wanita berkenaan telah meninggalkan negara.
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan laporan media bahawa wanita warga China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Jun, belum keluar dari negara ini.
Sebaliknya, menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), wanita terbabit telah meninggalkan Malaysia pada 4 Julai lalu, dengan penerbangan pada jam 8.55 malam.
“Sebenarnya pada 4 Julai lalu melalui penerbangan Shenzhen Airlines, ZH9030 pada jam 8.55 malam, wanita itu telah pun dicatatkan keluar daripada rekod Imigresen.
“Jadi apa moral pengajaran? Media kena cermat dan berhati-hati (dalam membuat laporan). Jangan petik sumber sembarangan terutamanya yang bercanggah kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
“Malangnya, dia (media terbabit) cuma memetik sumber yang tak dinamakan,” katanya dalam sidang media khas di sini pada Rabu.
Terdahulu, sebuah akhbar yang memetik sumber mendakwa tiada rekod yang menunjukkan wanita berkenaan telah meninggalkan negara.
Bagaimanapun, Azam seperti dilapor berkata dua wanita warga China sudah pulang ke negara asal pada 5 Julai.
Akhir bulan lalu, tular di media sosial insiden kekecohan di KLIA apabila Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing didakwa menceroboh masuk Balai Ketibaan Antarabangsa selepas seorang pelawat China tidak dibenarkan masuk ke negara ini oleh pihak imigresen.
Menteri berkenaan kemudian mendakwa ada ‘budaya rasuah’ membabitkan pegawai imigresen dalam mengurus proses ketibaan warga asing di KLIA.
Susulan itu, setakat 5 Julai lalu, SPRM mengesahkan sudah mengambil keterangan 14 individu berhubung dakwaan isu rasuah di pintu masuk negara.
Azam berkata, individu tersebut termasuk King Sing, dua wanita warga China serta lapan kakitangan JIM.
Sumber: Astro Awani