Connect with us

Terkini

Elaun minimum RM800 untuk pelajar praktikal di GLC

Kumpulan pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dijangka menerima ‘elaun perantisan’ dengan angka minimum sebanyak RM800 sebulan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Elaun minimum RM800 untuk pelajar praktikal di GLC
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dijangka menerima ‘elaun perantisan’ dengan angka minimum sebanyak RM800 sebulan.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dibuat bagi mengurangkan beban ditanggung pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan selain bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.
  • “Ia melibatkan semua pelajar di GLC,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan di sini tadi.
  • Anwar juga menyeru kepada syarikat swasta mempertimbangkan langkah sama terhadap pelajar yang menjalani latihan industri di tempat mereka.

PUTRAJAYA – Kumpulan pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dijangka menerima ‘elaun perantisan’ dengan angka minimum sebanyak RM800 sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dibuat bagi mengurangkan beban ditanggung pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan selain bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.

“Ia melibatkan semua pelajar di GLC,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan di sini tadi.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyeru kepada syarikat swasta mempertimbangkan langkah sama terhadap pelajar yang menjalani latihan industri di tempat mereka.

Sebelum ini, isu bayaran pelajar praktikal menjadi polemik susulan laporan mengenai seorang penuntut universiti awam menyuarakan kebimbangan untuk bertahan sepanjang menjalani latihan industri.

Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan akan meneliti isu bayaran atau elaun rendah kepada pelajar IPT yang menjalani latihan industri.

Menurut Menterinya, V. Sivakumar, secara prinsipnya, beliau tidak bersetuju dengan situasi berkenaan dan akan memberi perhatian serius. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *