Terkini
Tajaan JPA bagi bidang perubatan, pergigian dan farmasi diteruskan – PM
Kerajaan Pusat akan meneruskan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Kerajaan Pusat akan meneruskan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu berdasarkan situasi semasa yang mana masih terdapat keperluan bagi sektor-sektor terbabit di dalam negara.
- “Sejak minggu lalu saya ada perjumpaan khas dengan JPA dan mereka kata itu (menghentikan tajaan) adalah dasar sedia ada, dasar yang lalu.
- “Jadi, saya minta dikaji semula berdasarkan unjuran kita yang mana keperluan sektor perubatan, pergigian dan farmasi itu masih ada.
- Anwar menjawab soalan salah seorang peserta program itu yang juga mahasiswa USM berhubung keputusan kerajaan menghentikan penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi berikutan kajian Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai tahun 2026 hingga 2030.
GEORGE TOWN: Kerajaan Pusat akan meneruskan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu berdasarkan situasi semasa yang mana masih terdapat keperluan bagi sektor-sektor terbabit di dalam negara.
“Sejak minggu lalu saya ada perjumpaan khas dengan JPA dan mereka kata itu (menghentikan tajaan) adalah dasar sedia ada, dasar yang lalu.
“Jadi, saya minta dikaji semula berdasarkan unjuran kita yang mana keperluan sektor perubatan, pergigian dan farmasi itu masih ada.
“Maknanya, program biasaiswa JPA untuk sektor-sektor ini akan diteruskan,” katanya dalam program Temu Anwar@USM di Dewan Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini semalam.
Anwar menjawab soalan salah seorang peserta program itu yang juga mahasiswa USM berhubung keputusan kerajaan menghentikan penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi berikutan kajian Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai tahun 2026 hingga 2030.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali seperti dilaporkan media semalam berkata, Laporan Petunjuk Kesihatan 2022 melaporkan pencapaian nisbah jumlah keperluan tenaga kerja perubatan seluruh negara kepada jumlah populasi penduduk sehingga Disember 2021 adalah 1:420 dan dijangkakan nisbah 1:400 akan dapat dicapai pada 2025.
Bagaimanapun, awal semalam, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, KKM sedang mengadakan perbincangan semula bersama JPA berhubung langkah menghentikan tajaan itu dan akan mengkaji semula keputusan yang dibuat berlandaskan kajian pada tahun 2019 terbabit memandangkan terdapat beberapa perubahan baharu khususnya pasca-Covid-19.
Sumber: Utusan