Connect with us

Terkini

Penyertaan pegawai perubatan Malaysia ke Gaza sangat kurang

Penyertaan pegawai perubatan Malaysia dalam misi kemanusiaan di Gaza sangat kurang, demikian pendedahan Pakar Perunding Ortopedik (Subkepakaran Advanced Musculoskeletal Trauma) HTAR Klang, Dr Kamarul Al-Haqq Abdul Ghani. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perunding Ortopedik (Subkepakaran Advanced Musculoskeletal Trauma) HTAR Klang, Dr Kamarul Al-Haqq Abdul Ghani.
  • Penyertaan pegawai perubatan Malaysia dalam misi kemanusiaan di Gaza sangat kurang, demikian pendedahan Pakar Perunding Ortopedik (Subkepakaran Advanced Musculoskeletal Trauma) HTAR Klang, Dr Kamarul Al-Haqq Abdul Ghani yang baru sahaja selesai ​​berkhidmat selama 30 hari di kawasan bergolak itu pada Februari lalu.
  • “Saya rasa embarrassed juga la di mana negara lain meletakkan lebih effort contoh terbaik Indonesia, saya nampak jiran kita walaupun mereka tidak seberapa tapi mereka berjaya membawa 12 team (pasukan perubatan).
  • “Mereka buka hospital medan walaupun hospital mereka telah dirosakkan tapi mereka berjaya juga membuka hospital medan baharu dan menambah kapasiti (bekalan bantuan) kemanusiaan mereka menghantar kapal (bekalan bantuan) bertan-tan.
  • “Dari negara Islam yang sangat jauh dan tidak seberapa kaya. Itu menunjukkan mereka (ada) rasa tanggungjawab dan rasa takut kepada Pencipta mereka,” katanya menerusi program ‘Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus: Doktor Malaysia saksi kekejaman zionis’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat.
  • Dr Kamarul memaklumkan Pakar Bius; Pakar Ortopedik; Pakar Pediatrik, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak; Pakar Bedah Plastik, Pakar Mata dan Pakar Sakit Puan antara kepakaran paling mendesak diperlukan di Gaza saat ini.

KUALA LUMPUR — Penyertaan pegawai perubatan Malaysia dalam misi kemanusiaan di Gaza sangat kurang, demikian pendedahan Pakar Perunding Ortopedik (Subkepakaran Advanced Musculoskeletal Trauma) HTAR Klang, Dr Kamarul Al-Haqq Abdul Ghani. 

Dr Kamarul, yang baru sahaja selesai ​​berkhidmat selama 30 hari di kawasan bergolak itu pada Februari lalu, turut meluahkan rasa malu apabila negara lain misalnya Indonesia dilihat lebih bersungguh-sungguh dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan buat Gaza berbanding negara lain.

“Saya rasa embarrassed juga la di mana negara lain meletakkan lebih effort contoh terbaik Indonesia, saya nampak jiran kita walaupun mereka tidak seberapa tapi mereka berjaya membawa 12 team (pasukan perubatan).

“Mereka buka hospital medan walaupun hospital mereka telah dirosakkan tapi mereka berjaya juga membuka hospital medan baharu dan menambah kapasiti (bekalan bantuan) kemanusiaan mereka menghantar kapal (bekalan bantuan) bertan-tan.

“Dari negara Islam yang sangat jauh dan tidak seberapa kaya. Itu menunjukkan mereka (ada) rasa tanggungjawab dan rasa takut kepada Pencipta mereka,” katanya menerusi program ‘Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus: Doktor Malaysia saksi kekejaman zionis’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat.

Program berkenaan turut menampilkan Pakar Perunding Anestesiologi yang juga bersama-sama Dr Kamarul sebagai Sukarelawan EMT (Pasukan Perubatan Kecemasan) Mercy Malaysia iaitu Dr Mafeitzeral Mamat sebagai panelis.

Dr Kamarul berkata beliau tidak lama lagi akan kembali semula ke Gaza untuk memberikan perkhidmatan perubatannya berikutan tidak ramai pegawai perubatan yang ingin berkhidmat di sana.

Pada Februari lalu, Misi Kemanusiaan Mercy Malaysia menyampaikan bantuan perubatan kecemasan yang beroperasi di Kuwait Specialist Hospital bertempat di Rafah.

Kedua-dua doktor pakar berkenaan dipilih Mercy Malaysia berdasarkan pengalaman mereka di beberapa kawasan bencana sebelum ini dan mereka bersama rakan doktor Malaysia lain berada di Gaza selama 30 hari.

Ketika dihubungi The Merdeka Times, Dr Kamarul memaklumkan Pakar Bius; Pakar Ortopedik; Pakar Pediatrik, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak; Pakar Bedah Plastik, Pakar Mata dan Pakar Sakit Puan antara kepakaran paling mendesak diperlukan di Gaza saat ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *