Terkini
Senaraikan pelawak Jocelyn Chia sebagai ‘persona non grata’ – Pemuda AMANAH
Pemuda AMANAH Nasional mendesak kerajaan segera mengambil tindakan tegas dengan menyenaraikan pelawak komediri, Jocelyn Chia sebagai ‘persona non grata’.
- Pemuda AMANAH Nasional mendesak kerajaan segera mengambil tindakan tegas dengan menyenaraikan pelawak komediri, Jocelyn Chia sebagai ‘persona non grata’.
- Ketua pemudanya, Senator Mohd Hasbie Muda berkata perkara itu adalah sebagai bentuk penegasan tindakan merendahkan dan tidak sensitif seperti dilakukan Jocelyn tidak akan ditoleransi di negara ini.
- “Kami dengan tegas dan penuh keprihatinan mengecam tindakan pelawak Jocelyn Chia melakukan lawak tidak sensitif dan menghina negara Malaysia serta menguris hati keluarga mangsa kemalangan MH370 dan MH17.
- “Tindakan seperti ini tidak dapat diterima dalam konteks apa pun, dan kami mengutuk sikap yang merendahkan dan tidak menghormati kesakitan dan penderitaan dialami keluarga mangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
- The Merdeka Times (TMT) kelmarin melaporkan pelawak komediri itu didakwa menghina Malaysia dengan membuat kenyataan tidak sensitif melibatkan insiden kehilangan MH370 dan merendahkan Malaysia yang dikategorikan sebagai negara membangun sedangkan Singapura menjadi negara dunia pertama.
KUALA LUMPUR — Pemuda AMANAH Nasional mendesak kerajaan segera mengambil tindakan tegas dengan menyenaraikan pelawak komediri, Jocelyn Chia sebagai ‘persona non grata’.
Ketua pemudanya, Senator Mohd Hasbie Muda berkata perkara itu adalah sebagai bentuk penegasan tindakan merendahkan dan tidak sensitif seperti dilakukan Jocelyn tidak akan ditoleransi di negara ini.
“Kami dengan tegas dan penuh keprihatinan mengecam tindakan pelawak Jocelyn Chia melakukan lawak tidak sensitif dan menghina negara Malaysia serta menguris hati keluarga mangsa kemalangan MH370 dan MH17.
“Tindakan seperti ini tidak dapat diterima dalam konteks apa pun, dan kami mengutuk sikap yang merendahkan dan tidak menghormati kesakitan dan penderitaan dialami keluarga mangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Hasbie mengakui kebebasan berbicara dan seni adalah hak yang penting dalam masyarakat demokrasi.
Bagaimanapun, katanya, ia tidak boleh diguna sebagai alasan untuk menyebarkan kebencian, melukai perasaan orang lain, atau meremehkan tragedi menimpa negara dan rakyat kita.
“Kami mengajak semua pihak, terutama insan seni dan komedi, untuk bertindak dengan penuh tanggungjawab akan implikasi kata-kata dan tindakan mereka.
“Kita semua harus menjaga dan menghormati sensitiviti orang lain serta menghindari berperilaku yang boleh mengundang ketidakharmonian antara dua negara,” katanya.
The Merdeka Times (TMT) pada kelmarin (7 Jun 2023) melaporkan pelawak komediri dari Singapura itu yang didakwa menghina Malaysia dengan membuat kenyataan tidak sensitif melibatkan insiden kehilangan MH370 dan merendahkan Malaysia yang dikategorikan sebagai negara membangun sedangkan Singapura menjadi negara dunia pertama.
Difahamkan, bekas peguam itu membuat ‘lawak’ tersebut ketika persembahannya di kelab Comedy Cellar di AS dan video persembahan itu tular di Twitter dan Tiktok serta dimuat naik di Instagramnya sendiri.
Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 kru dan penumpang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas.
Susulan insiden itu, operasi mencari membabitkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi, namun pesawat atau bangkainya tidak ditemukan. — The Merdeka Times