Connect with us

Terkini

PM mahu penjawat awam terap budaya membaca, menelaah dan musyawarah

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu budaya membaca, menelaah dan musyawarah diterapkan dalam kalangan penjawat awam terutama ketika merangka dan menetapkan dasar hala tuju negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PM mahu penjawat awam terap budaya membaca, menelaah dan musyawarah
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) berucap ketika Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri di Putrajaya.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu budaya membaca, menelaah dan musyawarah diterapkan dalam kalangan penjawat awam terutama ketika merangka dan menetapkan dasar hala tuju negara.
  • Perdana Menteri berkata, budaya itu penting bagi memberi ruang dan peluang kepada penjawat awam bersuara serta menyampaikan pandangan mereka.
  • “Saya cuba melontarkan (konsep) Madani, tetapi itu tidak mengekang kita berbincang dan bersuara. Ini kerana dengan percanggahan idea dalam merangka dasar ekonomi mahupun pendidikan, menilai seperti dilakukan sekarang iaitu kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), hala tuju kita itu penting,” katanya ketika berucap pada perjumpaan bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI di sini, hari ini.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu budaya membaca, menelaah dan musyawarah diterapkan dalam kalangan penjawat awam terutama ketika merangka dan menetapkan dasar hala tuju negara.

Perdana Menteri berkata, budaya itu penting bagi memberi ruang dan peluang kepada penjawat awam bersuara serta menyampaikan pandangan mereka.

“Saya cuba melontarkan (konsep) Madani, tetapi itu tidak mengekang kita berbincang dan bersuara. Ini kerana dengan percanggahan idea dalam merangka dasar ekonomi mahupun pendidikan, menilai seperti dilakukan sekarang iaitu kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), hala tuju kita itu penting.

“Saya hadir dalam banyak mesyuarat, saya kata mesti ada semangat itu cuma saya nak lebarkan supaya dalam perbincangan ini, ketua jabatan dan pegawai yang ada pengkhususan dalam bidang itu, bersedia memberi pandangan mereka dan dengan cara begini, musyawarah akan jadi lebih bermakna dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perjumpaan bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *