Connect with us

Terkini

Mansuh, pinda akta sekat guru beri pandangan tentang sistem pendidikan – Cikgu Fadli

Akta dan pekeliling yang menyekat penjawat awam, terutama guru daripada menyuarakan pandangan perlu dimansuhkan atau dipinda, kata pempengaruh, Mohd Fadli Salleh.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas guru, Mohd Fadli Salleh.
  • Pempengaruh yang juga bekas guru, Mohd Fadli Salleh berkata ini kerana akta itu seakan-akan menyekat guru sebagai pelaksana dasar pendidikan untuk menyuarakan pandangan mereka berkenaan kelemahan dalam sistem pendidikan negara.
  • Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Cikgu Fadli’ mendakwa disebabkan akta yang terlalu menyekat, semakin ramai guru termasuk yang berprestasi tinggi dan mempunyai ketokohan menyuarakan hasrat bersara awal kepadanya.
  • Beliau mengharapkan akan ada kelonggaran diberikan kepada guru untuk menyuarakan pandangan mereka secara profesional dan berfakta, bukan bersifat menghentam berkenaan kelemahan dasar pendidikan yang dilihat.
  • “Kenapa disekat suara orang paling tahu ini? Akhirnya nanti akan jadi semakin cacamarba, makin teruk, makin rosak cuma paling sayang bagi saya makin ramai guru yang berkaliber, betul-betul berjiwa guru, boleh jadi adiwira, tokoh-tokoh guru diidolakan adik yang baru join dunia pendidikan menyuarakan ingin bersara,” katanya menerusi video siaran langsung di Facebook, semalam.
  • Di bawah Perkara 19 (1), Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, seseorang pegawai kerajaan tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam berhubung apa-apa dasar, program atau keputusan kerajaan di atas apa-apa isu.

KUALA LUMPUR — Akta dan pekeliling yang menyekat penjawat awam, terutama guru daripada menyuarakan pandangan perlu dimansuhkan atau dipinda, kata pempengaruh, Mohd Fadli Salleh.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Bekas guru yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Cikgu Fadli’ itu berkata, ini kerana akta itu seakan-akan menyekat guru sebagai pelaksana dasar pendidikan untuk menyuarakan pandangan mereka berkenaan kelemahan dalam sistem pendidikan negara.

Beliau mendakwa disebabkan akta yang terlalu menyekat, semakin ramai guru termasuk yang berprestasi tinggi dan mempunyai ketokohan menyuarakan hasrat bersara awal kepadanya.

Justeru, beliau mengharapkan akan ada kelonggaran diberikan kepada guru untuk menyuarakan pandangan mereka secara profesional dan berfakta, bukan bersifat menghentam berkenaan kelemahan dasar pendidikan yang dilihat.

“Kita bukan nak burukkan kerajaan kita hanya nak menegur kesilapan dasar mereka kita ini pelaksana paling bawah mereka perkenalkan dasar kita yang laksanakan paling tahu kat mana yang salahnya tapi suara orang paling tahu ini disekat. 

“Kenapa disekat suara orang paling tahu ini? Akhirnya nanti akan jadi semakin cacamarba, makin teruk, makin rosak cuma paling sayang bagi saya makin ramai guru yang berkaliber, betul-betul berjiwa guru, boleh jadi adiwira, tokoh-tokoh guru diidolakan adik yang baru join dunia pendidikan menyuarakan ingin bersara.

“Bukan selepas saya bersara tau, dua tahun lepas lagi saya sit down dengan mereka antara kehilangan besar adalah Cikgu Sam saya memang rasa sayangnya KPM tak jaga seorang guru yang betul-betul jiwa sebesar ini kenapa tak jaga dia betul-betul? Kenapa tak bagi apa dia nak? Dia bukan nak pangkat ke apa dia nak kreatif, lebih fleksibel dalam pengajarannya dalam sistem ke?,” katanya menerusi video siaran langsung di Facebook, semalam.

Di bawah Perkara 19 (1), Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, seseorang pegawai kerajaan tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam berhubung apa-apa dasar, program atau keputusan kerajaan di atas apa-apa isu.

Kelmarin, Mohd Fadli memaklumkan yang beliau memilih untuk bersara awal dari dunia pendidikan selepas hampir 18 tahun berkhidmat sebagai seorang guru.

Pada 2022, Mohd Fadli pernah dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan kerana mempersoalkan sistem pendidikan, namun didapati tidak bersalah dan tidak dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Mengulas tindakannya bersara awal, Mohd Fadli berkata beliau menyayangi dunia pendidikan, namun tidak mahu berlaku biadab kepada KPM yang dianggap sebagai ‘tuan rumah’ dengan sikapnya yang sering membuat teguran atas sebarang kelemahan dilihat.

Beliau berkata niatnya untuk bersara awal bermula kira-kira dua tahun lalu selepas beliau hampir dibuang atas kritikan dibuat, sekaligus menyedarkan beliau posisinya sebagai penjawat awam banyak terikat dengan akta walaupun cuba berkata benar. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending