Terkini
PM tetap tidak benar pengeluaran KWSP walau ia keputusan tidak popular
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mengambil keputusan tidak popular untuk tidak lagi membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi masa depan pencarum.
- Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mengambil keputusan tidak popular untuk tidak lagi membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi masa depan pencarum.
- Perdana Menteri berkata, KWSP sebagai badan berkanun yang telah diamanahkan dengan tugas besar untuk memastikan kelestarian pencarum tidak keluar daripada matlamatnya.
- “Sebab itu saya setuju dengan usul pengurusan apabila ada desakan politik yang begitu kuat untuk teruskan pengeluaran (khas) dan saya ambil keputusan tidak semestinya terlalu popular untuk tidak membenarkan lagi pengeluaran kerana tugas, janji, ikrar, akad orang yang mencarum itu sesuai dengan janji yang dimeterai itu untuk masa depan mereka.
- “Tetapi ada keadaan darurat, masa pandemik (COVID-19), dibolehkan kerana masa itu dibolehkan dan saya antara yang keras menuntut dibolehkan (pengeluaran) kerana keadaan mendesak ketika itu dan angkanya mencecah RM145 bilion dikeluarkan dalam kapasti desakan yang berlaku kerana darurat,” katanya pada majlis pelancaran Menara KWSP Kwasa Damansara di sini hari ini.
- “Saya akui masih ada pemasalahan kesan pandemik itu, tetapi jalan penyelesaian bukan dengan memaksa KWSP keluar dari landasan dan matlamatnya pengeluaran caruman bagi memenuhi keperluan sesetengah orang,” katanya.
SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mengambil keputusan tidak popular untuk tidak lagi membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi masa depan pencarum.
Perdana Menteri berkata, KWSP sebagai badan berkanun yang telah diamanahkan dengan tugas besar untuk memastikan kelestarian pencarum tidak keluar daripada matlamatnya.
“Sebab itu saya setuju dengan usul pengurusan apabila ada desakan politik yang begitu kuat untuk teruskan pengeluaran (khas) dan saya ambil keputusan tidak semestinya terlalu popular untuk tidak membenarkan lagi pengeluaran kerana tugas, janji, ikrar, akad orang yang mencarum itu sesuai dengan janji yang dimeterai itu untuk masa depan mereka.
“Tetapi ada keadaan darurat, masa pandemik (COVID-19), dibolehkan kerana masa itu dibolehkan dan saya antara yang keras menuntut dibolehkan (pengeluaran) kerana keadaan mendesak ketika itu dan angkanya mencecah RM145 bilion dikeluarkan dalam kapasti desakan yang berlaku kerana darurat,” katanya pada majlis pelancaran Menara KWSP Kwasa Damansara di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican; Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Perdana Menteri berkata beliau percaya isu pengeluaran KWSP akan terus dipermainkan sebagai isu politik termasuk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
“Dalam pengurusan dan kebijaksanaan, kita mesti membuat keputusan benar yang tidak harus diheret bagi mengambil keputusan hanya untuk memenuhi selera beberapa ‘kerat’ manusia.
“Saya akui masih ada pemasalahan kesan pandemik itu, tetapi jalan penyelesaian bukan dengan memaksa KWSP keluar dari landasan dan matlamatnya pengeluaran caruman bagi memenuhi keperluan sesetengah orang,” katanya.
Beliau menegaskan kerajaan percaya ada jalan penyelesaian lain bagi mengatasi masalah kemiskinan rakyat.
“Mustahil tidak dapat diselesaikan, tambahan dengan adanya aset KWSP mencapai RM1 trilion dan beberapa kejayaan dicapai kerajaan dalam beberapa bulan ini, kemiskinan rakyat dapat dinoktahkan.
“Sebab itu saya katakan kalau GLC (syarikat berkaitan kerajaan), GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan), KWSP dan lain termasuk Khazanah, kementerian dan jabatan dapat elak ketirisan, kita mampu membantu rakyat mendapat pembelaan,” katanya.
Sementara itu, Anwar menyifatkan Menara KWSP Kwasa Damansara sebagai mercu tanda khidmat berintegriti dan bertanggungjawab.
“Kalau kita saksikan kawasan pembangunan baharu ini dengan kehijauan dan ada pembangunan mampan sekali gus beri gambaran kesedaran kemampanan tidak hanya kemajuan pertumbuhan pantas sebaliknya ambil kira kelestarian dan kehijauan yang memberi manfaat kepada rakyat.
“Ini juga termasuk penyelesaian masalah negara, pengurusan dan tatakelola yang baik boleh membuat kemajuan lebih pesat tetapi mesti diurus dengan pengurusan berintegriti dan hapuskan segala bentuk ketirisan dan rasuah,” katanya.
Sumber: Berita Harian