Terkini
PAS, BERSATU didakwa mempergunakan Tun M – Puad Zarkashi
Perikatan Nasional (PN) terutama PAS dan BERSATU didakwa mahu mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad melalui Proklamasi Orang Melayu kerana mereka yakin bekas Perdana Menteri itu masih mempunyai pengaruh.
- Perikatan Nasional (PN) terutama PAS dan BERSATU didakwa mahu mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad melalui Proklamasi Orang Melayu kerana mereka yakin bekas Perdana Menteri itu masih mempunyai pengaruh.
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata beliau tidak hairan apabila parti dalam PN itu bergabung dengan Dr Mahathir kerana mereka juga mahu menggunakan isu orang Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
- “Hakikatnya PAS dan BERSATU yakin Dr Mahathir masih ada pengaruh manakala beliau (Mahathir) mahu menggunakan kedua-dua parti itu untuk kembali relevan.”
- “Masing masing PAS, BERSATU dan Dr Mahathir mahu menggunakan antara satu dengan lain untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan sedia ada,” katanya ketika dihubungi.
BATU PAHAT: Perikatan Nasional (PN) terutama PAS dan BERSATU didakwa mahu mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad melalui Proklamasi Orang Melayu kerana mereka yakin bekas Perdana Menteri itu masih mempunyai pengaruh.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata beliau tidak hairan apabila parti dalam PN itu bergabung dengan Dr Mahathir kerana mereka juga mahu menggunakan isu orang Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
“Hakikatnya PAS dan BERSATU yakin Dr Mahathir masih ada pengaruh manakala beliau (Mahathir) mahu menggunakan kedua-dua parti itu untuk kembali relevan.
“Masing masing PAS, BERSATU dan Dr Mahathir mahu menggunakan antara satu dengan lain untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan sedia ada,” katanya ketika dihubungi.
Media sebelum ini melaporkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta beberapa pimpinan kanan parti itu menandatangani proklamasi itu.
Laporan juga menyebut beberapa pemimpin BERSATU dan UMNO atas kapasiti peribadi masing-masing menandatanganinya.
Ditanya mengenai tindakan pemimpin nombor dua Gerakan iaitu sekutu dalam PN yang kecewa apabila PAS dan BERSATU menyokong Proklamasi Orang Melayu, Mohd Puad berkata, parti itu tidak sepatutnya merungut apabila rakan mereka menyokong proklamasi itu.
Katanya, Gerakan sendiri memilih PN untuk kekal relevan setelah terkubur dan tidak dipedulikan namun hidup kerana jawatan senator atas ihsan PN.
“Gerakan tidak ada pilihan lain untuk bernafas. Parti itu tahu hala tuju PAS. Maka kenapa mesti merungut. Gerakan tahu PAS dan BERSATU yakin isu orang Melayu untungkan mereka di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Oleh itu Gerakan menjadi parti yang tersepit. Parti itu tidak lagi laku untuk menjuarai isu orang Cina.
“Dalam masa sama, Gerakan terjebak dalam kumpulan menjadikan isu orang Melayu sebagai modal untuk menang PRN akan datang,” katanya.
Sumber: Berita Harian