Terkini
Mi Kari Putih Penang Ah Lai, Indomie Perisa Ayam Spesial selamat dimakan – KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua produk mi segera iaitu Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Mi Segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial yang sebelum ini dikesan mengandungi ethylene oxide mematuhi perundangan ditetapkan dan serta selamat untuk dimakan.
- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua produk mi segera iaitu Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Mi Segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial yang sebelum ini dikesan mengandungi ethylene oxide mematuhi perundangan ditetapkan dan serta selamat untuk dimakan.
- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, analisa makmal dijalankan ke atas sampel dua produk mi segera berkenaan.
- “Bagi makanan yang diimport, KKM melaksanakan enam tahap pemeriksaan di pintu masuk berdasarkan risiko.
- “Bagi pemeriksaan tahap lima iaitu Tahan, Uji dan Lepas (TUL), produk makanan yang masuk ke negara ini akan ditahan dan dianalisa terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan itu.
- Pada 26 April lalu, KKM mengarahkan produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial ditarik balik penjualannya dari pasaran.
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua produk mi segera iaitu Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Mi Segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial yang sebelum ini dikesan mengandungi ethylene oxide mematuhi perundangan ditetapkan dan serta selamat untuk dimakan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, analisa makmal dijalankan ke atas sampel dua produk mi segera berkenaan.
“Bagi makanan yang diimport, KKM melaksanakan enam tahap pemeriksaan di pintu masuk berdasarkan risiko.
“Bagi pemeriksaan tahap lima iaitu Tahan, Uji dan Lepas (TUL), produk makanan yang masuk ke negara ini akan ditahan dan dianalisa terlebih dahulu,” kata kenyataan itu.
Katanya, bagi tempoh 2022 hingga April 2023, sejumlah 317 pensampelan bagi tujuan TUL dijalankan dan daripada jumlah itu, 37 atau 11.67 peratus adalah pensampelan TUL ke atas produk mi segera pelbagai jenama bagi parameter ethylene oxide.
Katanya, produk makanan yang mematuhi standard sahaja yang dilepaskan untuk pasaran Malaysia.
“Bagi mana-mana produk yang didapati tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, KKM bekerjasama dengan syarikat yang terbabit untuk memastikan semua produk yang berkenaan ditarik balik daripada pasaran,” katanya.
Beliau turut menegaskan, produk yang berada di pasaran tempatan melalui prosedur yang ditetapkan dan selamat.
Katanya, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.
Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini, pengguna boleh berhubung terus dengan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau berurusan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di www.facebook.com/bkkmhq.
Pada 26 April lalu, KKM mengarahkan produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial ditarik balik penjualannya dari pasaran.
Ia susulan Pihak Berkuasa Kesihatan Taiwan mendapati terdapat ethylene oxide dalam kedua-dua produk mi segera terbabit.
Sumber: Harian Metro