Connect with us

Terkini

Kewartawanan data penting bantu media sampaikan maklumat sahih

Keperluan kewartawanan data atau ‘data journalism’ penting dalam setiap organisasi media bagi memastikan industri ini terus relevan seiring perkembangan semasa dalam menyampaikan maklumat dan berita sahih.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kewartawanan data penting bantu media sampaikan maklumat sahih
Foto: Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Suhaimi Sulaiman.
  • Keperluan kewartawanan data atau ‘data journalism’ penting dalam setiap organisasi media bagi memastikan industri ini terus relevan seiring perkembangan semasa dalam menyampaikan maklumat dan berita sahih.
  • Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Suhaimi Sulaiman, berkata wartawan di setiap organisasi perlu mempunyai kemahiran data analisis dan mengadaptasi peredaran zaman yang menyaksikan penggunaan teknologi semakin membangun.
  • “Kita nampak keperluan ‘data journalism’ sangat penting, jadi wartawan tidak boleh lagi hanya bergantung kepada konsep 5W1H, kita (wartawan) perlu faham data analisis.
  • “Maksudnya apabila kita tulis berita, kita kena tengok macam mana pembaca boleh selidik perkataan ini, jadi kita kena tahu perkataan yang perlu digunakan,” katanya selepas program Jendela Fikir edisi Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Bernama Radio dengan topik Wartawan Mencorak Persepsi Masyarakat hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail.
  • Ashwad berkata, penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) perlu disegerakan bagi memastikan pemain industri ini mampu bergerak bebas dan mempunyai kawalan kendiri dalam setiap kandungan diterbitkan.

KUALA LUMPUR: Keperluan kewartawanan data atau ‘data journalism’ penting dalam setiap organisasi media bagi memastikan industri ini terus relevan seiring perkembangan semasa dalam menyampaikan maklumat dan berita sahih.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Suhaimi Sulaiman, berkata wartawan di setiap organisasi perlu mempunyai kemahiran data analisis dan mengadaptasi peredaran zaman yang menyaksikan penggunaan teknologi semakin membangun.

“Kita nampak keperluan ‘data journalism’ sangat penting, jadi wartawan tidak boleh lagi hanya bergantung kepada konsep 5W1H, kita (wartawan) perlu faham data analisis.

“Maksudnya apabila kita tulis berita, kita kena tengok macam mana pembaca boleh selidik perkataan ini, jadi kita kena tahu perkataan yang perlu digunakan,” katanya selepas program Jendela Fikir edisi Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Bernama Radio dengan topik Wartawan Mencorak Persepsi Masyarakat hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail.

Selain itu, Suhaimi berkata, sesebuah organisasi media perlu ada ‘data scientist’ supaya dapat melaporkan berita dengan lebih mendalam dan hiperlokal, seterusnya dapat memastikan industri ini bergerak ke hadapan selari dengan peredaran masa.

“Pertama, kena pastikan kita relevan, kedua, kena ‘relatable’ maksudnya kena ada keserasian dengan orang yang mencari informasi, apabila ada keserasian orang boleh ‘relate’.

“Ketiga, sekiranya kita buat semua ini dengan betul, jenama kita akan disayangi, kalau orang sayang jenama itu, orang akan sentiasa cari balik berita yang kita siarkan. Jadi ‘relatable’, relevan dan ‘lovable brand’ katanya.

Sementara itu, Ashwad berkata, penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) perlu disegerakan bagi memastikan pemain industri ini mampu bergerak bebas dan mempunyai kawalan kendiri dalam setiap kandungan diterbitkan.

“Saya rasa perjuangan yang panjang kita tengok untuk mewujudkan MMM dan perancangan masih lagi diteruskan dan saya melihat bagaimana kita ada senior yang lebih berpengalaman bersama wartawan muda, untuk tengok formula terbaik bagi mewujudkan MMM ini,” katanya.

Ashwad berkata, penubuhan MMM yang sedang digubal dan dijangka dibawa ke Parlimen pada Oktober ini bertujuan melindungi dan menaik taraf kerjaya kewartawanan media perdana, khususnya dalam mendepani cabaran digital daripada segi pemberitaan.

Beliau berkata, organisasi media di Malaysia juga boleh berganding bahu untuk bekerjasama menganjurkan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada masa depan selepas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menjadi peneraju selama tiga edisi.

“Saya rasa kita boleh berkongsi sumber, tenaga dan kepakaran untuk menganjurkan HAWANA, sebab akhirnya ialah apa yang hendak kita capai dan nilai yang kita ingin capai, ia bukan sekadar perhimpunan penggabungan wartawan dan pengamal media untuk HAWANA,” katanya.

Sambutan HAWANA 2023 bakal disambut di Ipoh, Perak bermula hari ini hingga Isnin dengan tema ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ untuk memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas mereka.

HAWANA 2023 akan diisi pelbagai aktiviti seperti forum media membabitkan wartawan dari negara ASEAN, karnival mini, pertandingan mencari harta karun serta boling dan majlis kemuncak akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional dan ia dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939. 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *