Connect with us

Terkini

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital meningkat

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 4,963 kes COVID-19 dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi ke-17 (ME 17/2023) iaitu dari 23 April hingga 29 April lalu, peningkatan tiga peratus berbanding minggu sebelumnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital meningkat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • KKM memaklumkan sebanyak 4,963 kes COVID-19 dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi ke-17 (ME 17/2023) iaitu dari 23 April hingga 29 April lalu, peningkatan tiga peratus berbanding minggu sebelumnya.
  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital bagi setiap 100,000 penduduk meningkat kepada 5.8 peratus pada ME 17 berbanding 4.8 peratus pada minggu sebelumnya.
  • Majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti individu dengan komorbid dan warga emas, namun peningkatan itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan serta hospital masih beroperasi seperti biasa.
  • Bagaimanapun, keadaan jangkitan COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan serta kapasiti di hospital tidak terjejas, katanya.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 4,963 kes COVID-19 dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi ke-17 (ME 17/2023) iaitu dari 23 April hingga 29 April lalu, peningkatan tiga peratus berbanding minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital bagi setiap 100,000 penduduk meningkat kepada 5.8 peratus pada ME 17 berbanding 4.8 peratus pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata, keadaan jangkitan COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan serta kapasiti di hospital tidak terjejas.

Katanya, majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti individu dengan komorbid dan warga emas, namun peningkatan itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan serta hospital masih beroperasi seperti biasa.

“Pesakit kategori 1 dan 2, meningkat daripada 1.4 kepada 1.8 per 100,000 populasi manakala pesakit kategori 3, 4, dan 5, meningkat daripada 1.3 kepada 2 peratus per 100,000 populasi.

“Bagi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 17 pula, katil bukan kritikal, meningkat sebanyak tiga peratus; katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat tiga peratus manakala pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.2 peratus.

“Untuk makluman, peratus pengisian katil ICU COVID-19 pada 4 Mei (semalam) ialah 15 peratusmanakalakatil bukan kritikal COVID-19 ialah 23 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata, sehingga ME 17 terdapat sebanyak 33 kluster COVID-19 yang masih aktif.

Katanya, satu kluster dilaporkan pada ME 17 iaitu penurunan sebanyak 75 peratus berbanding empat kluster pada ME sebelumnya.

“Kluster pada ME 17 adalah kluster kumpulan berisiko yang berlaku di pusat jagaan warga emas manakala empat kluster dilaporkan pada ME 16 membabitkan tiga kluster pendidikan dan satu kluster tempat kerja,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, KKM menjangkakan kemungkinan sedikit peningkatan kes COVID-19 akan berlaku susulan pergerakan dan perjumpaan orang ramai ketika sambutan Hari Raya dan Hari Wesak.

“Sehubungan itu, KKM menggalakkan orang ramai untuk memakai pelitup muka sekiranya bergejala ketika aktiviti kunjung-mengunjung bagi melindungi keluarga, jiran dan sahabat handai daripada mendapat jangkitan COVID-19.

“Sesi persekolahan juga sudah bermula minggu ini dan bagi mengawal penularan di institusi pendidikan, pelajar, guru dan kakitangan dinasihatkan antaranya kerap mencuci tangan dengan pensanitasi serta memakai pelitup muka terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak,

“Membuat penilaian kendiri tahap kesihatan serta tidak hadir ke institusi pendidikan sekiranya bergejala,” katanya.

Dr Muhammad Radzi berkata, selain itu, ibu bapa atau penjaga juga perlu mengambil peranan dan bertanggungjawab memantau status kesihatan anak dan tidak menghantar anak yang bergejala ke institusi pendidikan.

“KKM sentiasa komited dan akan terus memantau situasi COVID-19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optimum bagi memastikan kesejahteraan rakyat untuk hidup bersama virus COVID-19 dengan selamat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *