Connect with us

Terkini

Perlis berisiko hilang 80 peratus bekalan air bersih dalam tempoh tiga tahun

Perlis berisiko kehilangan bekalan air bersih sehingga 80 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang jika isu kadar air tak berhasil (NRW) tidak ditangani segera.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perlis berisiko hilang 80 peratus bekalan air bersih dalam tempoh tiga tahun
Foto: Penduduk, menunjukkan keadaan air di rumahnya yang agak keruh sehinggakan terpaksa menggunakan penapis di Kampung Kubang Tiga, Padang Besar, Perlis.
  • Perlis berisiko kehilangan bekalan air bersih 80 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang jika isu kadar air tak berhasil (NRW) tidak ditangani segera.
  • Berdasarkan kedudukan NRW nasional 2019, Perlis mencatatkan kadar NRW tertinggi sebanyak 63 peratus diikuti Kelantan (49 peratus) dan Kedah (48 peratus) berbanding 35 peratus bagi purata kebangsaan.
  • Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur negeri, Izizam Ibrahim berkata, permasalahan tersebut semakin meruncing memandangkan hampir ke­seluruhan paip di seluruh negeri ini uzur dan perlu diganti segera. Katanya, langkah tersebut penting bagi mengelakkan kadar NRW semakin meningkat.
  • Sebelum ini, negeri ini dianggarkan kehilangan antara 65 hingga 70 peratus bekalan air bersih setiap hari berikutan isu NRW yang perlu diberikan perhatian serius.

PADANG BESAR: Perlis berisiko kehilangan bekalan air bersih sehingga 80 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang jika isu kadar air tak berhasil (NRW) tidak ditangani segera.

Berdasarkan kedudukan NRW nasional 2019, Perlis mencatatkan kadar NRW tertinggi sebanyak 63 peratus diikuti Kelantan (49 peratus) dan Kedah (48 peratus) berbanding 35 peratus bagi purata kebangsaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur negeri, Izizam Ibrahim berkata, permasalahan tersebut semakin meruncing memandangkan hampir ke­seluruhan paip di seluruh negeri ini telah uzur dan perlu diganti segera. Katanya, langkah tersebut penting bagi mengelakkan kadar NRW semakin meningkat.

“Sekiranya permasalahan tersebut tidak diatasi segera, isu NRW di negeri ini dijangka boleh mencecah tahap 80 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Sebagai contoh, Perlis mampu menghasilkan kira-kira 100 juta liter sehari (JLH) air terawat namun hanya kira-kira 30 JLH sahaja yang sampai kepada pengguna.

“Baki 70 JLH lagi dipercayai hilang disebabkan oleh faktor-faktor seperti kecurian bekalan, kebocoran dan lain-lain sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri selain memberi kesan kepada rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, negeri ini dianggarkan kehilangan antara 65 hingga 70 peratus bekalan air bersih setiap hari berikutan isu NRW yang perlu diberikan perhatian serius.

Dalam pada itu, Izizam berkata, isu NRW di Perlis dijangka dapat ditangani selepas beberapa pelabur berpotensi menyatakan minat bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

Katanya, beberapa siri perjumpaan telah diadakan bersama pelabur terlibat dan perkara itu dimuktamadkan selepas perbincangan menyeluruh selesai dilaksanakan.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *