Connect with us

Terkini

Perlis wajibkan tulisan jawi pada papan tanda, iklan bermula 1 Februari

Perlis akan mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada setiap papan tanda permis perniagaan, iklan atau ‘billboard’ di seluruh negeri itu bermula 1 Februari depan. 

Wartawan TMT

Published

on

Perlis wajibkan tulisan jawi pada papan tanda, iklan bermula 1 Februari
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil.
  • Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, arahan itu turut membabitkan papan tanda jalan di taman perumahan dan kawasan kejiranan di negeri itu.
  • “Kewajipan ini adalah membabitkan permohonan baharu mana-mana premis perniagaan yang mahu menaikkan papan tanda premis perniagaan mereka yang baharu tanpa mengganggu papan tanda iklan yang sedia ada. 
  • “Maksudnya jika ada pemilik perniagaan yang mempunyai papan tanda premis perniagaannya yang masih elok namun tiada sebarang tulisan jawi padanya masih dibenarkan untuk terus menggunakan, sebaliknya sekiranya ada pemilik perniagaan yang mahu menggantikan papan tanda premis perniagaannya yang sudah rosak atau pudar kepada yang baharu, maka mereka wajib menyertakan sekali tulisan jawi pada papan tanda perniagaan mereka itu,” katanya dipetik Berita Harian ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kerajaan Negeri di Persiaran Wawasan di Kangar, semalam.
  • “Malah, penguatkuasaan ini turut membabitkan semua premis perniagaan yang mempunyai lesen operasi daripada Majlis Perbandaran Kangar tanpa mengambil kira sama ada premis perniagaan itu menjual barangan tidak halal atau sebagainya,” katanya. 

KUALA LUMPUR – Perlis akan mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada setiap papan tanda permis perniagaan, iklan atau ‘billboard’ di seluruh negeri itu bermula 1 Februari depan. 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, arahan itu turut membabitkan papan tanda jalan di taman perumahan dan kawasan kejiranan di negeri itu.

“Kewajipan ini adalah membabitkan permohonan baharu mana-mana premis perniagaan yang mahu menaikkan papan tanda premis perniagaan mereka yang baharu tanpa mengganggu papan tanda iklan yang sedia ada. 

“Maksudnya jika ada pemilik perniagaan yang mempunyai papan tanda premis perniagaannya yang masih elok namun tiada sebarang tulisan jawi padanya masih dibenarkan untuk terus menggunakan, sebaliknya sekiranya ada pemilik perniagaan yang mahu menggantikan papan tanda premis perniagaannya yang sudah rosak atau pudar kepada yang baharu, maka mereka wajib menyertakan sekali tulisan jawi pada papan tanda perniagaan mereka itu,” katanya dipetik Berita Harian ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kerajaan Negeri di Persiaran Wawasan di Kangar, semalam.

Asrul berkata, penguatkuasaan itu adalah sebagai usaha kerajaan Perlis untuk memperkasa dan mendedahkan tulisan jawi kepada semua lapisan masyarakat di negeri terbabit. 

Beliau berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi Munsyi Jawi bagi bagi memastikan kaligrafi jawi digunakan betul dan tepat. 

“Papan tanda premis perniagaan ini akan membabitkan dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu menerusi tulisan rumi dan tulisan jawi manakala sekiranya papan tanda premis itu turut mempunyai bahasa ibunda yang lain seperti Bahasa Mandarin atau Tamil, ia tetap tidak mempunyai masalah untuk menyertakan sekali bersama tulisan jawi pada papan tanda itu. 

“Malah, penguatkuasaan ini turut membabitkan semua premis perniagaan yang mempunyai lesen operasi daripada Majlis Perbandaran Kangar tanpa mengambil kira sama ada premis perniagaan itu menjual barangan tidak halal atau sebagainya,” katanya. 

Sebelum ini, negeri Kelantan, Kedah, Pahang dan Melaka sudah pun memulakan langkah memperkasakan tulisan jawi pada setiap papan tanda premis perniagaan serta iklan di negeri masing-masing. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending