Connect with us

Terkini

Mesej kesihatan kerajaan tidak selaras dengan isu vape – WAFIQ

Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) menyifatkan mesej Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2023, tidak selaras dengan langkah kerajaan dalam menangani penggunaan vape di negara ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mesej kesihatan kerajaan tidak selaras dengan isu vape – WAFIQ
Foto: Presiden WAFIQ, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
  • Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) menyifatkan mesej PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2023 tidak selaras dengan langkah kerajaan dalam menangani penggunaan vape di negara ini.
  • Presiden WAFIQ, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, mesej kesihatan PM  itu tidak menjadi keutamaan di dalam isu pengecualian cecair nikotin daripada Akta Racun 1952 dan pelaksanaan cukai ke atas produk vape.
  • Beliau berkata, langkah percukaian yang diutamakan kerajaan menyebabkan berlakunya kelompongan undang-undang memelihara kanak-kanak serta remaja daripada akses kepada vape.
  • “Sepatutnya Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok dikuatkuasakan terlebih dahulu.
  • “Amat penting seorang Menteri Kesihatan mempunyai keupayaan meyakinkan Kabinet dan menteri-menteri lain serta Perdana Menteri sendiri, akan turutan yang betul agar kesihatan masyarakat terpelihara,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

BANGI – Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) menyifatkan mesej Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2023, tidak selaras dengan langkah kerajaan dalam menangani penggunaan vape di negara ini.

Presiden WAFIQ, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, mesej kesihatan Perdana Menteri itu malangnya tidak menjadi keutamaan di dalam isu pengecualian cecair nikotin daripada Akta Racun 1952 dan pelaksanaan cukai ke atas produk vape.

Beliau berkata, langkah percukaian yang diutamakan kerajaan menyebabkan berlakunya kelompongan undang-undang memelihara kanak-kanak serta remaja daripada akses kepada vape.

“Sepatutnya Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok dikuatkuasakan terlebih dahulu.

“Amat penting seorang Menteri Kesihatan mempunyai keupayaan meyakinkan Kabinet dan menteri-menteri lain serta Perdana Menteri sendiri, akan turutan yang betul agar kesihatan masyarakat terpelihara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menerusi kenyataan itu, Prof Dr Rafidah turut berkongsi hantaran Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengenai mesej Anwar bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2023 dengan tema ‘Kesihatan Untuk Semua’, selaras prinsip Malaysia Madani.

Antara petikan mesej itu, Anwar menekankan prinsip kerajaan mengiktiraf hak untuk kesihatan sebagai hak asasi manusia yang penting bagi mencapai kehidupan bermaruah.

“Hak untuk kesihatan ini seharusnya dinikmati oleh setiap orang secara saksama tanpa mengira status atau sebarang perbezaan dan diskriminasi.

“Saya mengulangi komitmen kerajaan untuk memacu pelaksanaan agenda kesihatan untuk semua. Malaysia akan bekerjasama rapat dengan WHO bagi mempromosi kesihatan, memelihara kesejahteraan serta memberi perkhidmatan kepada golongan rentan,” kata Anwar.

Sumber: Ismaweb

Author