Terkini
Larangan warga asing pandu treler, kerajaan titik berat aspek keselamatan
Keputusan tidak membenarkan warga asing memandu treler di negara ini dibuat selaras dengan pendirian kerajaan dalam menitikberatkan aspek keselamatan di jalan raya, kata Pengerusi Persatuan Keselamatan Jalanraya dan Pengangkutan Malaysia (MRTSA) Nik Salim Nik Salleh.
- Keputusan tidak membenarkan warga asing memandu treler di negara ini dibuat selaras dengan pendirian kerajaan dalam menitikberatkan aspek keselamatan di jalan raya, kata Pengerusi Persatuan Keselamatan Jalanraya dan Pengangkutan Malaysia (MRTSA) Nik Salim Nik Salleh.
- Beliau berkata larangan itu wajar memandangkan warga asing tidak mendapat latihan atau pendedahan awal berkaitan kesedaran dan perundangan bagi keselamatan jalan raya di Malaysia.
- “MRTSA menyokong pendirian kerajaan berkaitan perkara ini, (kerana) ia akan mewujudkan risiko tambahan tahap keselamatan jalan raya di negara kita.
- Pada 11 April lepas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata warga asing tidak dibenarkan memandu treler biarpun terdapat desakan daripada pihak industri yang mendakwa berlaku kekurangan pemandu.
KUALA LUMPUR: Keputusan tidak membenarkan warga asing memandu treler di negara ini dibuat selaras dengan pendirian kerajaan dalam menitikberatkan aspek keselamatan di jalan raya, kata Pengerusi Persatuan Keselamatan Jalanraya dan Pengangkutan Malaysia (MRTSA) Nik Salim Nik Salleh.
Beliau berkata larangan itu wajar memandangkan warga asing tidak mendapat latihan atau pendedahan awal berkaitan kesedaran dan perundangan bagi keselamatan jalan raya di Malaysia.
“MRTSA menyokong pendirian kerajaan berkaitan perkara ini, (kerana) ia akan mewujudkan risiko tambahan tahap keselamatan jalan raya di negara kita.
“Malah dengan membenarkan warga asing memandu treler atau mana-mana kenderaan perdagangan, ia dikhuatiri akan menjejaskan peluang pekerjaan warga tempatan dalam sektor berkenaan,” katanya kepada Bernama.
Pada 11 April lepas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata warga asing tidak dibenarkan memandu treler biarpun terdapat desakan daripada pihak industri yang mendakwa berlaku kekurangan pemandu.
Menurut Loke, berdasarkan data bidang pengangkutan dalam negara bagi 2022, sejumlah 766 syarikat pengangkutan dengan bilangan treler 61,616 dicatatkan, manakala bilangan pemandu adalah seramai 12,326.
Sementara itu Presiden Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye pula berpendapat kemalangan jalan raya terutama melibatkan kenderaan berat termasuk treler dapat dikurangkan sekiranya aspek keselamatan dipatuhi semua pihak.
Beliau berkata perkara itu hanya dapat dicapai dengan memastikan kemahiran pemandu treler berada di tahap baik oleh syarikat pengangkutan yang menggaji pemandu dan melatih golongan terbabit untuk menambah baik kemahiran pemanduan mereka.
“Antara aspek yang menyebabkan kemalangan melibatkan treler adalah cara pemanduan sesetengah pemandu yang berbahaya seolah-olah membuli kenderaan lain di jalan raya, kesedaran mengenai pemanduan berhemah selain treler yang membawa muatan berlebihan,” katanya ketika dihubungi.
Sumber: Bernama