Connect with us

Terkini

80 bakal jemaah umrah rugi RM600,000 ditipu agensi pelancongan

Seramai 80 bakal jemaah umrah mengalami kerugian sebanyak RM600,000 selepas hasrat mereka untuk ke Tanah Suci Mekah tidak kesampaian apabila mendakwa ditipu oleh sebuah agensi pelancongan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

80 bakal jemaah umrah rugi RM600,000 ditipu agensi pelancongan
Foto: Wakil jemaah, Azra Zahari (kanan) bersama jemaah umrah menuntut wang mereka dikembalikan selepas membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu hari ini.
  • Seramai 80 bakal jemaah umrah mengalami kerugian sebanyak RM600,000 selepas hasrat mereka untuk ke Tanah Suci Mekah tidak kesampaian apabila mendakwa ditipu oleh sebuah agensi pelancongan.
  • Mereka sudah membuat bayaran penuh kepada agensi pelancongan tersebut sejak Oktober untuk penerbangan pada Disember lalu, namun sehingga kini wang tersebut tidak dikembali kepada bakal jemaah.
  • Wakil jemaah, Azra Zahari, 43, mendakwa, semua jemaah sepatutnya berlepas ke Mekah pada 14 Disember tahun lalu sebelum ditunda ke Februari dengan alasan penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar.
  • “Syarikat itu memaklumkan semua tempahan hotel penuh disebabkan penganjuran Piala Dunia. Selepas Februari, kami dimaklumkan perjalanan umrah tidak dapat diteruskan atas alasan jarak hotel penginapan jauh.

KOTA BHARU – Seramai 80 bakal jemaah umrah mengalami kerugian sebanyak RM600,000 selepas hasrat mereka untuk ke Tanah Suci Mekah tidak kesampaian apabila mendakwa ditipu oleh sebuah agensi pelancongan.

Mereka sudah membuat bayaran penuh kepada agensi pelancongan tersebut sejak Oktober untuk penerbangan pada Disember lalu, namun sehingga kini wang tersebut tidak dikembali kepada bakal jemaah.

Wakil jemaah, Azra Zahari, 43, mendakwa, semua jemaah sepatutnya berlepas ke Mekah pada 14 Disember tahun lalu sebelum ditunda ke Februari dengan alasan penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Syarikat itu memaklumkan semua tempahan hotel penuh disebabkan penganjuran Piala Dunia. Selepas Februari, kami dimaklumkan perjalanan umrah tidak dapat diteruskan atas alasan jarak hotel penginapan jauh.

“Mereka memaklumkan bahawa pakej RM7,600 bagi setiap jemaah itu tidak melayakkan kami menginap di hotel berdekatan Tanah Suci dan bayaran tambahan diperlukan untuk tujuan itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu di sini hari ini.

Azra memberitahu, dia sudah memaklumkan kepada agensi pelancongan itu untuk membatalkan tempahan pada Februari lalu agar bayaran dapat dikembalikan seminggu kemudian, namun tiada sebarang khabar berita sehingga hari ini.

Seorang lagi jemaah, Noraini Fauzi, 50 dari Machang menyatakan rasa terkilan dan mendakwa agensi pelancongan itu seolah-olah mengambil sikap lepas tangan.

“Bermula 14 Disember diikuti 20 Februari dan 2 Mac lalu, janji hanya tinggal janji. Alasan mereka adalah masalah di tanah suci sedangkan jemaah yang ikut pakej syarikat lain sudah ramai melaksanakan umrah.

“Saya rasa sudah cukup kami tunggu dan bertolak ansur. Sekarang kami mahu tuntut hak kami dan diharap dengan laporan polis ini nasib kami akan terbela,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *