Connect with us

Terkini

Umat Islam dilarang ziarah rumah ibadat agama lain tanpa tujuan, kepentingan – Mufti Kedah

Umat Islam dilarang menziarahi rumah ibadat agama lain tanpa tujuan atau kepentingan berbuat demikian kerana dikhuatiri memesong akidah terutama dalam kalangan golongan muda.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Umat Islam dilarang ziarah rumah ibadat agama lain tanpa tujuan, kepentingan - Mufti Kedah
Foto: Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang.
  • Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, golongan dan individu tertentu sahaja boleh berbuat demikian namun dengan syarat tidak menyertai ritual agama terbabit serta perkara lain berkaitan akidah. 
  • “Menziarahi rumah ibadat bukan Islam bukanlah suatu yang statik yang dikatakan tidak boleh dan begitu juga nak dikatakan boleh iaitu melihat kepada siapa yang akan membuat kunjungan itu.”
  • “Kunjungan-kunjungan yang ada keperluan dan kepentingan daripada kalangan pemimpin dan tokoh-tokoh agamawan yang mempunyai ilmu pengetahuan tinggi yang tidak memberi kesan terhadap akidah, maka kunjungan itu dibolehkan.
  • “Jika secara umum melibatkan remaja memang dilarang kerana persiapan dalaman kepada mereka belum mencukupi untuk mereka berhadapan dengan perkara-perkara seperti ini sebab dibimbangi akan menyebabkan akidah mereka terjejas,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Zakat Fitrah Online dan Program Jom Sedekah Food LZNK di sini, hari ini. 

ALOR SETAR: Umat Islam dilarang menziarahi rumah ibadat agama lain tanpa tujuan atau kepentingan berbuat demikian kerana dikhuatiri memesong akidah terutama dalam kalangan golongan muda.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, golongan dan individu tertentu sahaja yang boleh berbuat demikian namun dengan syarat tidak menyertai ritual agama terbabit serta perkara lain berkaitan akidah. 

“Menziarahi rumah ibadat bukan Islam bukanlah suatu yang statik yang dikatakan tidak boleh dan begitu juga nak dikatakan boleh iaitu melihat kepada siapa yang akan membuat kunjungan itu.

“Kunjungan-kunjungan yang ada keperluan dan kepentingan daripada kalangan pemimpin dan tokoh-tokoh agamawan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi yang tidak memberi kesan terhadap akidah, maka kunjungan itu dibolehkan.

“Jika secara umum melibatkan remaja memang dilarang kerana persiapan dalaman kepada mereka belum mencukupi untuk mereka berhadapan dengan perkara-perkara seperti ini sebab dibimbangi akan menyebabkan akidah mereka terjejas,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Zakat Fitrah Online dan Program Jom Sedekah Food LZNK di sini, hari ini. 

Syeikh Fadzil berkata, golongan tertentu yang dibolehkan berkunjung ke rumah ibadat itu juga harus memiliki ketahanan dan kekuatan iman yang diyakini tidak akan memberi apa-apa kesan kepada akidah mereka.

“Itu pun ziarah untuk satu tujuan yang kita katakan ada keperluan dari segi hubungan dalam masyarakat. Jika ada keperluan pun ada batasannya supaya kita tidak melakukan ritual yang betul-betul berbentuk keagamaan mereka,” katanya.

Akhbar melaporkan, Impact Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Ziarah Gereja’, yang mempelawa belia bukan Kristian untuk menyertai program itu.

Terkini, program itu yang dijadualkan berlangsung esok di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang, dibatalkan oleh penganjur. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *