Connect with us

Terkini

STPM diiktiraf antarabangsa, tiada keperluan mansuh Tingkatan Enam – Fadhlina

Tiada keperluan untuk memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Wartawan TMT

Published

on

STPM diiktiraf antarabangsa, tiada keperluan mansuh Tingkatan Enam – Fadhlina
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Tiada keperluan untuk memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
  • “Kewujudannya bertujuan pastikan murid peringkat menengah atas mendapat kualiti pendidikan setanding piawaian antarabangsa… STPM itu sendiri diiktiraf Cambridge Assessment International Education.”
  • “Seluruh Universiti Awam di negara kita iktiraf kelulusan ini malah lebih 2,000 universiti seluruh dunia iktiraf sijil STPM, jadi lulusan Tingkatan Enam ini boleh lanjut pelajaran ke mana-mana sahaja dalam negara, luar negara, Amerika Syarikat, semua negara Komanwel juga Timur Tengah,” katanya ketika sesi menggulung perbahasan Usul Menjujung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Tiada keperluan untuk memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata Tingkatan Enam, mencakupi peperiksaan STPM yang ditawarkan Kementerian Pendidikan (KPM) adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 dan diberi jaminan bahawa ia mesti wujud serta diteruskan.

“Kewujudannya bertujuan pastikan murid peringkat menengah atas mendapat kualiti pendidikan setanding piawaian antarabangsa… STPM itu sendiri diiktiraf Cambridge Assessment International Education.

“Seluruh Universiti Awam di negara kita iktiraf kelulusan ini malah lebih 2,000 universiti seluruh dunia iktiraf sijil STPM, jadi lulusan Tingkatan Enam ini boleh lanjut pelajaran ke mana-mana sahaja dalam negara, luar negara, Amerika Syarikat, semua negara Komanwel juga Timur Tengah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi menggulung perbahasan Usul Menjujung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Terdahulu, pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan STPM dan menggantikannya dengan program Matrikulasi.

Tambah Fadhlina pendidikan Tingkatan Enam mempunyai sasaran dan matlamat tersendiri berbanding program Matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia.

“Tingkatan Enam ini bertujuan memberi akses seluas-seluasnya pada lepasan menengah, pada murid, menerusi 643 pusat Tingkatan Enam pelbagai mod pembelajaran di seluruh negara.

“Malah KPM juga akan luaskan Kolej Tingkatan Enam yang dirancang di Pahang iaitu di Kolej Astana, Kuantan dan satu lagi di Sri Lipis, di samping pembinaan Kolej Tingkatan Enam di Kelantan yang telah lulus peruntukan pembinaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya.

Sumber: Bernama 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tunggakan RM14.04 juta, Prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan – LKAN

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendapati prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan dengan tunggakan berjumlah RM14.04 juta yang melebihi 180 hari masih belum berjaya dikutip setakat 31 Julai 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Daripada jumlah itu, pelajar luar negara tanpa tajaan merekodkan hutang tertinggi iaitu 5,016 orang dengan tunggakan berjumlah RM9.17 juta manakala penghutang pelajar luar negara dengan tajaan seramai 531 orang dengan jumlah RM1.12 juta.
  • Bagi pelajar tempatan, jumlah penghutang ialah 13,613 orang dengan jumlah keseluruhan RM3.75 juta melibatkan 10,176 pelajar tanpa tajaan manakala bakinya mendapat tajaan.
  • UIAM memaklumkan mereka telah melaksanakan sekatan penyerahan transkrip akademik kepada pelajar yang mempunyai tunggakan hutang mulai 14 Mac 2024 dan akan memperkenalkan dasar sifar hutang semasa semester satu sesi pengajian 2024/2025.

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendapati prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan dengan tunggakan berjumlah RM14.04 juta yang melebihi 180 hari masih belum berjaya dikutip setakat 31 Julai 2023.

Menurut Bernama, daripada jumlah itu, pelajar luar negara tanpa tajaan merekodkan hutang tertinggi iaitu 5,016 orang dengan tunggakan berjumlah RM9.17 juta manakala penghutang pelajar luar negara dengan tajaan seramai 531 orang dengan jumlah RM1.12 juta.

Bagi pelajar tempatan, jumlah penghutang ialah 13,613 orang dengan jumlah keseluruhan RM3.75 juta melibatkan 10,176 pelajar tanpa tajaan manakala bakinya mendapat tajaan.

Menjawab isu hutang tersebut , UIAM memaklumkan mereka telah melaksanakan sekatan penyerahan transkrip akademik kepada pelajar yang mempunyai tunggakan hutang mulai 14 Mac 2024 dan akan memperkenalkan dasar sifar hutang semasa semester satu sesi pengajian 2024/2025.

LKAN dalam laporan tersebut turut menyentuh bilangan pelajar tempatan dan luar negara yang berdaftar di UIAM adalah kurang berbanding penawaran bagi tempoh 2020 hingga Julai 2023.

Ia melibatkan penawaran bagi peringkat pengajian Asasi, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah, dengan hanya 25,939 pelajar tempatan berdaftar daripada 39,322 tawaran dikeluarkan, manakala bagi pelajar luar negara, 1,701 pelajar berdaftar berbanding 3,808 tempat ditawarkan.

“Prestasi pengambilan pelajar kurang memuaskan. Pendaftaran pelajar tempatan dan luar negara hanya mencatatkan 66 peratus dan 44.7 peratus. Justeru, pendapatan daripada yuran pengajian tidak dapat menampung perbelanjaan operasi UIAM,“ menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

UIAM dalam maklum balasnya menyatakan pendaftaran kurang dari penawaran adalah disebabkan calon turut menerima tawaran daripada institusi lain yang menawarkan tajaan biasiswa dalam dan luar negara, manakala peratusan pendaftaran pelajar luar negara yang rendah kerana penularan pandemik COVID.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending