Terkini
Sebarkan agama Hindu kepada bukan Hindu – Wartawan India
Orang Hindu di India tidak sepatutnya meletakkan harapan tinggi terhadap tuntutan larangan penukaran agama, sebaliknya perlu menyeru orang bukan Hindu untuk menjadi penganut Hindu.

- Wartawan India, R Jagannathan menganggap pengharaman penukaran agama bukan langkah terbaik mengatasi kemerosotan demografik penganut Hindu di negara itu, sebaliknya perlu menyeru orang bukan Hindu untuk menjadi penganut Hindu.
- “Jika mereka (agama) tidak berusaha untuk berkembang, mereka akan kecut, walaupun trend ini tidak dapat dilihat dengan jelas dalam seumur hidup mereka sendiri. Tetapi apabila sampai ke titik kritis, agama mungkin mati secara tiba-tiba”. – Wartawan India, R Jagannathan.
- Baginya larangan penukaran agama hanya akan melonjakkan jumlah penukaran agama secara rahsia.
Orang Hindu di India tidak sepatutnya meletakkan harapan tinggi terhadap tuntutan larangan penukaran agama, sebaliknya perlu menyeru orang bukan Hindu untuk menjadi penganut Hindu.
Itu pendapat seorang wartawan India, R Jagannathan yang menganggap larangan penukaran agama tidak mampu menghentikan kemerosotan demografik di negara itu.
Memetik penulisannya di The Print, agama Hindu mesti kembali menjadi agama mubaligh demi mendapatkan semula kecergasannya.
“Agama pada dasarnya adalah idea dengan dimensi fizikal, emosi dan jiwa. Jika mereka tidak berusaha untuk berkembang, mereka akan kecut, walaupun trend ini tidak dapat dilihat dengan jelas dalam seumur hidup mereka sendiri. Tetapi apabila sampai ke titik kritis, agama mungkin mati secara tiba-tiba,” katanya.
Dia juga mengingatkan orang Hindu agar mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku kepada agama Buddha di sana.
Jagannathan memetik penulisan bertajuk The Decline and Fall of Buddhism in India oleh Bhimrao Ramji Ambedkar yang menyebut, “Tidak dapat dinafikan yang kejatuhan agama Buddha di India adalah disebabkan oleh pencerobohan kaum Musalman (masyarakat Islam)”.
“Jika penganut Hindu mahu mengelak dari nasib yang menyedihkan ini di masa hadapan, mereka perlu mula bertindak sekarang,” kata Jagannathan.
India menyaksikan pelbagai jenis penindasan terhadap penganut Islam dan Kristian sejak Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Nerendra Modi mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada 2014.
Orang Islam dan Kristian hidup dalam ketidak tenteraman apabila berdepan risiko diserang, dibunuh, dimusnahkan tempat tinggal dan rumah ibadah dan pelbagai lagi ancaman.
Walaupun mereka masih diberikan kewarganegaraan, namun mereka dinafikan hak untuk mengundi.
Sumber: The Print
