Connect with us

Terkini

Program ziarah gereja tidak sesuai untuk awam kecuali pendakwah, pelajar perbandingan agama – Firdaus Wong

Program ‘Jom Ziarah Gereja’ yang tular di media sosial semalam disifatkan kurang sesuai jika membabitkan penyertaan awam kecuali bagi pendakwah atau pelajar perbandingan agama.

Hidayah Sani

Published

on

Program ziarah gereja tidak sesuai untuk awam kecuali pendakwah, pelajar perbandingan agama – Firdaus Wong
Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Perkara itu disuarakan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang menegaskan beliau bukan menggalakkan perkara itu, namun tiada masalah sekiranya kumpulan itu pergi ke tempat sedemikian.
  • Sebelum ini NGO-NGO Islam dan dakwah juga mengadakan lawatan ke kuil, gereja, tokong dan rumah ibadat lain sebagai pendedahan buat pelajar perbandingan agama.
  • Program itu dikatakan dapat menjadi salah satu medium memahamkan kumpulan khusus itu tentang agama lain dan mewujudkan persefahaman di antara agama-agama di Malaysia.
  • Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan beragama menyebut (1) tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
  • Fasal (4) pula menyebut Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam.

KUALA LUMPUR – Program ‘Jom Ziarah Gereja’ yang tular di media sosial semalam disifatkan kurang sesuai jika membabitkan penyertaan awam kecuali bagi pendakwah atau pelajar perbandingan agama.

Pandangan itu disuarakan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang menegaskan beliau bukan menggalakkan perkara itu, namun tiada masalah sekiranya kumpulan itu pergi ke tempat sedemikian.

Katanya, NGO Islam dan dakwah juga pernah mengadakan lawatan ke kuil, gereja, tokong dan rumah ibadat lain sebagai pendedahan bagi pelajar perbandingan agama.

“Saya rasa isu ini tidak perlu dipolemikkan dan dipolitikkan  tapi memandai ia sebagai satu bentuk persefahaman. 

“Sekali lagi saya tekankan bukan saya menggalakkan, tetapi tiada masalah di situ untuk medium pendakwah dan pelajar perbandingan agama. 

“Tapi jika untuk buat seruan terbuka kepada orang awam mungkin dengan klimaks politik kita hari ini, mungkin timing ia agak kurang tepat dan kurang sesuai dibuat seruan kepada orang awam. Jadi diadakan hanya kepada mereka-mereka yang terpilih sahaja,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai program ziarah rumah ibadat, termasuk gereja dan masjid, di bawah program ‘Projek Artikel 11’ anjuran agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Impact Malaysia yang tular semalam.

Advertisement

Firdaus berkata program  sedemikian dapat menjadi salah satu medium memahamkan kumpulan khusus itu tentang agama lain dan mewujudkan persefahaman di antara agama-agama di Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berulang kali menegaskan, itu bukan bermaksud bahawa semua agama itu sama.

Pendakwah bebas itu turut mencadangkan penganjur program sedemikian terlebih dahulu menziarahi masjid sebelum mewar-warkan lawatan ke gereja dan sebagainya.

“Cuma cadangan penambahbaikan kepada penganjur program ini daripada mereka menguar-uarkan jom melawat gereja dan sebagainya.

“Mungkin mereka quote Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan tapi apa kata dahulukan melawat masjid dahulu dan kemudian boleh disusuli dengan kerjasama dengan jabatan agama untuk membawa mereka, orang ramai dan mungkin mereka yang terlibat dalam bidang perbandingan agama, bidang dakwah untuk melawat (tempat lain),” katanya.

Semalam The Merdeka Times melaporkan, Impact Malaysia iaitu agensi yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Ziarah Gereja’ di mana program itu mempelawa belia penganut agama selain Kristian untuk menyertainya (berdasarkan poster Impact Malaysia yang tular di media sosial).

Advertisement

Program itu bertujuan memberi pendedahan tentang persamaan dan perbezaan agama menerusi aktiviti lawatan dan kesukarelawan.

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan beragama menyebut (1) tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Fasal (4) pula menyebut Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam. – The Merdeka Times

Antarabangsa

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang

Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
Foto: Gulbahar Haitiwaji (kiri), Qelbinur Sidik (kanan).
  • Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
  • Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
  • Keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
  • Panel Dewan mendengar pengalaman diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang berkongsi dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa sepanjang berada di dalam kem tersebut.

WASHINGTON: Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.

Ahli Kongres, Mike Gallagher yang juga Pengerusi Republikan Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan mengenai Parti Komunis China (PKC), memberitahu pemberita sebelum perbicaraan, keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.

China bersungguh-sungguh menafikan penderaan di Xinjiang dan berkata, ia menubuhkan ‘pusat latihan vokasional’ untuk membendung keganasan, pemisahan dan radikalisme agama.

Perbicaraan itu adalah yang terbaru dalam siri acara yang dirancang untuk dua tahun akan datang, manakala Republikan yang mengawal Dewan Perwakilan untuk meyakinkan rakyat Amerika, bahawa mereka perlu mengambil berat untuk menyaingi China dan untuk ‘memisahkan secara terpilih’ ekonomi negara.

Panel Dewan mendengar pengalaman yang diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang bercakap melalui penterjemah, apa yang dikatakannya selama bertahun-tahun di kem di mana dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa.

Etnik Uzbekistan, Qelbinur Sidik yang ditugaskan sebagai guru di kem sedemikian melalui penterjemah, turut menggambarkan keadaan seperti penjara yang menurutnya tahanan menghadapi penyeksaan dan soal siasat.

Advertisement

Kedua-dua wanita itu berjaya melakukan perjalanan ke Eropah dan kini mereka menetap di sana.

Keterangan juga didengar daripada peguam terkemuka Amerika Uyghur, Nury Turkel dan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang berusaha mendokumentasikan tahap kem tahanan di Xinjiang dan Naomi Kikoler dari Muzium Memorial Holocaust AS.

Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu, berkata saksi yang dirancang jawatankuasa itu telah ‘mencipta pembohongan berkaitan Xinjiang’ berdasarkan motif politik tersembunyi.

“Kami berharap rakyat Amerika dapat mengenali wajah sebenar pasukan anti-China ini dan tidak terpedaya dengan khabar angin dan pembohongan,” kata Liu sambil menambah, hak asasi manusia semua kumpulan etnik di Xinjiang sudah ‘dilindungi sepenuhnya’.

Kerajaan AS dan parlimen di Britain, Kanada dan negara lain menyifatkan pencegahan kelahiran dan dasar penahanan besar-besaran China di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu menyatakan China mungkin sudah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di rantau itu.

Advertisement

Jawatankuasa dwipartisan tidak akan menulis undang-undang tetapi akan membuat cadangan dasar, pada garis masa keras terhadap China adalah salah satu daripada beberapa dasar dengan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS yang sangat berpecah belah.

Kikoler dari muzium holocaust berkata, kerajaan China menggunakan taktik halus untuk ‘memusnahkan orang Uyghur dengan sengaja’ termasuk pengawasan dan penahanan besar-besaran, penyeksaan, pemindahan kanak-kanak dan mengehadkan kelahiran.

Zenz berkata, walaupun kerajaan China mengatakan pihaknya menutup kem di Xinjiang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia adalah pusat ‘pendidikan semula’ keselamatan rendah, selain ada perluasan serentak penjara dengan keselamatan lebih tinggi atau kemudahan buruh paksa.

“Kita boleh mengandaikan ratusan ribu sudah dipindahkan ke kemudahan ini, yang telah diperluaskan secara dramatik,” katanya sambil menyatakan terdapat tanda-tanda tahanan beramai-ramai memuncak pada 2018. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending