Terkini
PM jamin masalah doktor kontrak selesai dalam masa tiga tahun – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan, masalah doktor kontrak di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) akan dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa tahun ini.
- “Kalau kerajaan nak selesaikan semuanya sekali bagi 4,000 (lantikan tetap) yang dituntut, maknanya kita perlukan RM10 billion setahun. Maka, tidak mungkin.
- “Sebab itu, saya bagi jaminan, tahun ini 1,500 (lantikan). Tahun depan atau berikutnya, katakan dalam tempoh tiga tahun, kita boleh selesaikan masalah ini.” – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan, masalah doktor kontrak di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) akan dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa tahun ini.
Perdana Menteri berkata, masalah berkenaan sudah berlarutan sejak sekian lama, justeru kerajaan sedia ada tidak boleh dibebankan untuk menyelesaikannya dalam tempoh setahun.
Beliau berkata, KKM menerima peruntukan kedua terbesar dalam Belanjawan 2023, iaitu RM36.3 billion, termasuk peruntukan RM3 billion setahun untuk lantikan baharu secara tetap dan kontrak, bagi lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi.
“Kalau kerajaan nak selesaikan semuanya sekali bagi 4,000 (lantikan tetap) yang dituntut, maknanya kita perlukan RM10 billion setahun. Maka, tidak mungkin.
“Sebab itu, saya bagi jaminan, tahun ini 1,500 (lantikan). Tahun depan atau berikutnya, katakan dalam tempoh tiga tahun, kita boleh selesaikan masalah ini.
“Masalah tertangguh lama. Jadi, tidak boleh bebankan kita dalam satu tahun untuk selesaikan semua. RM3 billion itu bukan jumlah yang kecil,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini.
Sumber: Berita Harian