Connect with us

Terkini

PM fokus selesai masalah prasarana sekolah, kemudahan kesihatan rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan pada tahun ini mengutamakan untuk menyelesaikan masalah infrastruktur sekolah dan kemudahan kesihatan yang begitu mendesak dan menyentuh kehidupan setiap rakyat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PM fokus selesai masalah prasarana sekolah, kemudahan kesihatan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan mengutamakan untuk menyelesaikan masalah infrastruktur sekolah dan kemudahan kesihatan yang begitu mendesak dan menyentuh kehidupan setiap rakyat.
  • Beliau berkata, itu tidak bermakna masalah lain tidak dianggap penting diselesaikan, termasuk mengenai pengangkutan awam dan kesesakan jalan raya, yang mana akan diberi perhatian secara berperingkat pada tahun berikutnya.
  • “Dengan kekangan kewangan, hutang begitu banyak dan defisit, tentunya kita tidak boleh selesaikan semua masalah dalam masa yang singkat.
  • “Pada tahun ini, kita nak ambil langkah yang lebih tegas dan berani, belanja yang lebih tinggi untuk selesaikan masalah asas prasarana sekolah, tandas dan kelengkapan awal di sekolah serta klinik kesihatan dan perubatan,” katanya ketika melancarkan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya di sini hari ini.

SERDANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan pada tahun ini mengutamakan untuk menyelesaikan masalah infrastruktur sekolah dan kemudahan kesihatan yang begitu mendesak dan menyentuh kehidupan setiap rakyat.

Namun, Perdana Menteri berkata, itu tidak bermakna masalah lain tidak dianggap penting untuk diselesaikan, termasuk mengenai pengangkutan awam dan kesesakan jalan raya, yang mana akan diberi perhatian secara berperingkat pada tahun berikutnya.

“Dengan kekangan kewangan, hutang begitu banyak dan defisit, tentunya kita tidak boleh selesaikan semua masalah dalam masa yang singkat.

“Pada tahun ini, kita nak ambil langkah yang lebih tegas dan berani, belanja yang lebih tinggi untuk selesaikan masalah asas prasarana sekolah, tandas dan kelengkapan awal di sekolah serta klinik kesihatan dan perubatan.

“Sebab itu, dapat dilihat peningkatan yang agak mendadak bagi peruntukan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.

“Saya tidak bermaksud untuk meremehkan atau mengurangkan tekanan mengenai aspek ini (pengangkutan) tetapi dalam strategi kita, tentulah apa kita mampu lakukan tahun demi tahun, selain meningkatkan prestasi semua kementerian, saya mahu masalah sekolah di negara kita dan kemudahan kesihatan yang menyentuh semua orang disegerakan, ” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *