Connect with us

Terkini

Pindaan Seksyen 15 AUKU bolehkan mahasiswa berpolitik secara bebas – KPT

Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Mohammad Yusof Apdal, berkata ia antara reformasi yang sedang diusahakan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pindaan Seksyen 15 AUKU bolehkan mahasiswa berpolitik secara bebas – KPT
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang membuat perubahan kepada Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan mahasiswa berpolitik dengan lebih bebas.
  • Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal, berkata ia antara reformasi yang sedang diusahakan KPT untuk memberi tanggungjawab penuh dalam gerakan mahasiswa khususnya di IPTA.
  • “Kita sudah buat beberapa perubahan…tujuh kali kita lakukan dan kini kita sedang berusaha membuat perubahan di bawah Seksyen 15 (AUKU) berhubung urusan kewangan dan untuk mereka berpolitik secara bebas, di mana mereka boleh menyertai sebagai parti politik, malah menjadi calon (pilihan raya),” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang membuat perubahan kepada Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan mahasiswa berpolitik dengan lebih bebas.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal, berkata ia antara reformasi yang sedang diusahakan KPT untuk memberi tanggungjawab penuh dalam gerakan mahasiswa khususnya di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“KPT sudah membuat beberapa perubahan dan penambahbaikan terutama dalam memperkasakan mahasiswa di IPTA di mana ia termaktub dalam AUKU.

“Kita sudah buat beberapa perubahan…tujuh kali kita lakukan dan kini kita sedang berusaha membuat perubahan di bawah Seksyen 15 (AUKU) berhubung urusan kewangan dan untuk mereka berpolitik secara bebas, di mana mereka boleh menyertai sebagai parti politik, malah menjadi calon (pilihan raya),” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Chow Yu Hui (PH-Raub) sama ada KPT akan mengembalikan kuasa autonomi kepada mahasiswa terutama membolehkan mereka mengadakan sendiri pilihan raya kampus, berbanding dikelola oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Sumber: Berita Harian

 

 

 

Author