Terkini
Nga Kor Ming dikritik kerana tidak sokong program LGBT
Kumpulan hak asasi manusia mengkritik kenyataan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menyebut kerajaan tidak akan menyokong penganjuran program LGBT di negara ini.
- Kumpulan hak asasi manusia, All Women’s Action Society (AWAM) mengkritik kenyataan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang tidak akan menyokong penganjuran program LGBT di negara.
- “Adalah penting bagi Nga dan wakil rakyat lain untuk memahami tanggungjawab mereka sebagai pemimpin dalam melindungi, mempromosikan dan memenuhi hak asasi manusia semua orang, bukannya menghasut kebencian, diskriminasi dan keganasan terhadap golongan LGBT,” – Pengurus Program Kanan AWAM, Lilian Kok.
- Nga berkata demikian mengulas isu tular pembukaan bar Privacy Tun Razak yang mahu menampilkan persembahan Thai Hot Guy.
Kumpulan hak asasi manusia mengkritik kenyataan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menyebut kerajaan tidak akan menyokong penganjuran program LGBT di negara ini.
Pengurus Program Kanan All Women’s Action Society (AWAM), Lilian Kok mendakwa kenyataan Nga itu menghasut kebencian terhadap golongan LGBT
“Adalah penting bagi Nga dan wakil rakyat lain untuk memahami tanggungjawab mereka sebagai pemimpin dalam melindungi, mempromosikan dan memenuhi hak asasi manusia semua orang, bukannya menghasut kebencian, diskriminasi dan keganasan terhadap golongan LGBT,” kata Lilian yang dilaporkan Malaysia Kini menerusi hantaran di laman Instagram.
Terdahulu, Nga berkata yang kerajaan tidak akan menyokong penganjuran program LGBT di negara termasuk Thai Hot Guy yang mempromosikan budaya hedonistik, lucah dan seks bebas.
Beliau berkata demikian mengulas isu tular pembukaan bar Privacy Tun Razak yang mahu menampilkan persembahan Thai Hot Guy.
Kenyataan itu turut disiarkan dalam bentuk poster yang dimuat naik di laman Twitter rasmi Pakatan Harapan. – The Merdeka Times