Terkini
‘Menjauhi LGBT adalah sifat takwa’, tegas Dr Ahmad Sanusi membidas individu pro-LGBT kritik khutbah Jumaat
‘Menjauhi LGBT adalah sifat takwa’, demikian tegas Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi membidas individu pro-LGBT yang mempersoalkan tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengecam kumpulan minoriti daripada membicarakan tentang taqwa dan fastabiqul khairat pada khutbah Ramadan pertama yang lalu.
- ‘Menjauhi LGBT adalah sifat takwa’, demikian tegas Dr Ahmad Sanusi membidas individu Pro-LGBT yang mempersoalkan tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengecam kumpulan minoriti daripada membicarakan tentang taqwa dan fastabiqul khairat pada khutbah ramadan pertama yang lalu.
- Menerusi hantaran di Facebook, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM itu berkata sangat menghairankan jika seseorang itu mencadangkan khutbah Jumaat hanya menekankan aspek takwa sahaja sedangkan isu LGBT dipisahkan.
- Salah satu sifat takwa adalah menjauhi perkara dicegah oleh Allah SWT termasuklah elemen berkaitan LGBT
- Menurut Ibn Habib, takwa itu adalah menjauhi perkara maksiat, iaitu; “Dan takwa itu adalah meninggalkan perkara maksiat kepada Allah, berteraskan cahaya dari Allah kerana takutkan azab dari Allah.” (Musannaf Ibn Abi Syaibah – athar ini dinilai Sahih)
- Rasulullah SAW turut melaknat golongan LGBT ini di dalam sabda Baginda: “Allah melaknat mereka yang melakukan perbuatan kaum Lut.” – (HR Ahmad)
KUALA LUMPUR — ‘Menjauhi LGBT adalah sifat takwa’, demikian tegas Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi membidas individu pro-LGBT yang mempersoalkan tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengecam kumpulan minoriti daripada membicarakan tentang taqwa dan fastabiqul khairat pada khutbah Ramadan pertama yang lalu.
Menerusi hantaran di Facebook, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM itu berkata sangat menghairankan jika seseorang itu mencadangkan khutbah Jumaat hanya menekankan aspek takwa sahaja sedangkan isu LGBT dipisahkan.
Ini berikutan, salah satu sifat takwa adalah menjauhi perkara dicegah oleh Allah SWT termasuklah elemen berkaitan LGBT
Menurut Ibn Habib, takwa itu adalah menjauhi perkara maksiat, iaitu; “Dan takwa itu adalah meninggalkan perkara maksiat kepada Allah, berteraskan cahaya dari Allah kerana takutkan azab dari Allah.” (Musannaf Ibn Abi Syaibah – athar ini dinilai Sahih)
“Salah satu rangkaian maksiat yang mesti dijauhi seperti yang dijelaskan dalam al-Quran ialah menghindari perbuatan terkutuk LGBT,” katanya pada Sabtu.
Dr Ahmad Sanusi berkata, dalam Al-Quran, Allah SWT menyifatkan perbuatan LGBT sebagai keji dan melampau batas menerusi Firman Allah:
“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” – (Surah al-A’raf)
Malah dalam hadis, Rasulullah SAW turut melaknat golongan LGBT ini di dalam sabda Baginda: “Allah melaknat mereka yang melakukan perbuatan kaum Lut.” – (HR Ahmad)
“Oleh demikian, jelas di sini bahawa salah satu sifat takwa itu adalah menjauhi perbuatan LGBT.
“Tiada salahnya khutbah yang dirangka oleh pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) itu kerana ia telah pun merangkumi aspek takwa,” katanya.
Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang sebarang aktiviti termasuk perhimpunan bagi mempertahankan atau menuntut sesuatu daripada kumpulan LGBT diadakan di negeri Selangor.
Titah baginda dipetik menerusi khutbah Jumaat lalu, menyentuh isu LGBT dan tabiat songsang yang mengingatkan umat Islam supaya tidak terlibat walaupun secara tidak langsung terhadap aktiviti sedemikian.
Ini kerana mana-mana individu atau kumpulan yang menyatakan sokongan terhadap hak asasi LGBT adalah haram, malah perbuatan menyokong kepada kemungkaran boleh merosakkan akidah. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Dr Ahmad Sanusi